Dalam penantian... PPW15
3 tahun mengenali dunia kerjaya ini.
Macam-macam yang berlaku. Walau status ketika itu sebagai pelatih.
Menyaksikan ragam-ragam manusia.
Terasa lebih berat bila bakal bergelar staff.
Dulu ada orang lain yang pikul atas kesalahan sendiri. Impak buat diri mungkin tak nampak sangat walau tempias tu ada.
Tapi kini, tak lagi.
Tanggungjawab semasa jadi pelatih dengan staff berbeza.
Kadang, macam-macam luahan daripada teman-teman. Tak dinafikan kadang diri sendiri pun kena dengan perkara yang sama. Komen positif mahupun negatif.
Stay Strong Awak!
Semua yang dipanggil KERJAYA.
Dan kerjaya itu bukan satu keaiban.
Setiap masing-masing ada kesibukan tersendiri. Ada amanah yang dijaga. Ada tanggungjawab yang digalas.
Kau....
Ramai yang kata, tak kenal maka tak cinta.
Tak cuba dulu, tak kan tahu.
Tak hayati, tak merasai.
Dan kau....
Perlahan-lahan menyelami.
Duniawi, titian ke destinasi abadi.
Dengan langkah berduri.
Kau gagahi walau lemah.
Kekuatan bersimpul dalam lelah.
Kau mengalah, bukan kalah.
Kerana Kau
Insan Pejuang
Membantu merawat Ummah,
Mohon jangan goyah,
Terus berpaut pada dahan Aqidah,
Agar kerjaya menjadi Ibadah,
Dan hidup penuh barakah.
Aamiin...
::SELAMAT HARI PEMBANTU PERUBATAN::
Keep calm & Trust ALLAH!
InsyaALLAH :')
_$ekian,wassalam_