Monday, 9 March 2015

Kesihatan Badan & Kecantikan

Entry kali ini. ;)

Ramai yang nak cantik. Tetapi, hanya segelintir yang mengambil berat tentang kesihatan badan.

Bukan kah kecantikan itu akan lebih terserlah bila kita turut menjaga kesihatan badan?

Ada yang berhabis wang untuk berbagai produk. Macam-macam produk pula tu. Yang ini tak berkesan, cuba yang itu pula. Yang penting, ada duit.

Silap tu.

Sebab kesan sampingan daripada pelbagai produk yang kita tak tahu.
Sebab kita beli berdasarkan testimoni pengguna lain.
Dan timbul keinginan untuk mencuba.

Boleh jadi mendatangkan kesan yang kita inginkan.
Boleh jadi mengakibatkan lebih teruk.
Boleh jadi tiada apa-apa tindak balas.

Sebab hasilnya kita sendiri yang rasa.

Hati-hati.
Nak pilih pun, kaji dulu. Buat istikharah dulu. =D
Kecantikan adalah anugerah. Kesihatan badan juga anugerah.
Jagalah kedua-duanya. Ikhtiar, doa dan tawakal.

Serta... Berbaliklah kepada Sang Pencipta. InsyaALLAH.

BAGAIMANA?

Jaga Pemakanan
    - makanan yang HALAL lagi BAIK.
    - yang berKHASIAT, ikut susunan piramid makanan.
    - elak makan makanan yang syubhah.
    - tingkatkan pengambilan air kosong. 25kg= 1L

Senaman/ Bersukan
    - amalkan senaman ringan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
    - tak perlu lama, 30 minit sudah memadai.
    - tak gemar bersukan, boleh menari atau senaman ringan.

Rehat Cukup
    - jaga waktu tidur dengan baik.
    - ada yang 4-5 jam, ada yang 6-8 jam, dan ada 12 jam.
    - rehat adalah waktu tidur kita. Otak kita pun nak rehat. Walaupun  
       hakikatnya otak kita tetap bekerja di saat kita tidur.

Supplemen
   - pengambilan vitamin sangat digalakkan.
   - sebagai nutrisi tambahan, menampung untuk keperluan tubuh   
      badan.
   - membantu untuk memelihara kesihatan badan dan kecantikan.

Alhamdulillah :')

Penjagaan diri juga amanah ALLAH SWT. Pelihara dengan kebaikan dan juga ke arah kebaikan. InsyaALLAH.

                                    ::Tetaplah berserah pada ALLAH::

No comments:

Post a Comment

LOVE