Rancang dengan apa yang ada di tangan,
Bukan yang kita angan-angankan.
Cita dan harapan, bukan mimpi dan igauan.
(Nowseeheart)
Setiap daripada kita ada perancangan. Orang yang merancang dan berusaha untuk mencapai apa-apa yang dirancang, insyaALLAH berjaya.
Tetapi, biarlah usaha kita mengikut syariat Islam. Baru beroleh keberkatan. :)
BERHARAP. Biarlah pada yang mutlak. Jangan hanya berharap semata-mata. Berusahalah untuk capai yang kita harapkan. Dan....ingatlah duhai diri,
"Janganlah kita melangkaui hakNYA, kelak kita yang kecewa."
Jadilah insan yang punya wawasan untuk kesenangan masa depan. Walau jalannya penuh cabaran, tetaplah hati untuk terus bertahan... :')
*******
Imbas balik perancangan sewaktu masuk angka 2..:D
'Mama, ateh ada buat perancangan 5 tahun..Nak tahu tak?'
'Apa dia? Calon suami ada?'
'Yang tu sabarlah dulu...Satu, nak simpan duit. Dua nak sambung belajar. Tiga, nak ada kereta sendiri. Empat, kerjaya yang tetap... Yang kelima, barulah nak ada calon suami...'
Hhheee....
::5 PERKARA::
Δ DUIT SIMPANAN
Memanglah duit bukan segalanya. Tapi, sekarang ini
segalanya perlukan duit. Hatta, nak masuk tandas pun kena
bayar. Duit pun tak dapat membeli kasih sayang. Tapi, sebab
duit juga ada yang merana. Awak, jangan jadi hamba duit.
Tapi, jadilah tuan kepada duit. Dengan adanya duit, kegunaan
masa akan datang; sambung belajar ke, kahwin ke dan etc.
Δ SAMBUNG BELAJAR
Belajar ni seronok. Kita belajar dengan kehidupan dunia. Sebab
di akhirat nanti, kita dihidupkan semula. Itulah yang kehidupan
hakiki. Jadi, awak. Jangan leka sangat dengan dunia ye. Takut
saat kelekaan kita, ajal mendatang. Na'uzubillahi minzalik.
Belajar untuk capai tujuan. InsyaALLAH. Ada banyak
perancangan untuk sambung belajar. Satu, MBBS. Dua,
Psikologi. Tiga, Forensik...Tak pasti lagi. Tapi, insyaALLAH nak
sambung belajar. Kalau boleh sekarang. Tapi, ada kontrak 3
tahun dulu. Nanti keep in touch dengan Cikgu Bong :-)
Δ KERETA
Bab kereta ni tak cerewet. Ikut je. Sebab yang pilih mama dan
ayah. Mereka tahu yang mana baik ikut kemampuan.
InsyaALLAH. Walaupun, dalam hati nak ada kereta kegemaran
kan... Tapi, sebenarnya kereta kegemaran pun tak de. Suka tu
ada. Biasa-biasa je. Nak yang mahal, kena cari suami kayalah.
Kita hanya goyang kaki...Maaflah, tak minat.
Δ KERJAYA
Yang ni, alhamdulillah. InsyaALLAH tahun ni dah bekerja.
Female Dressar/MA/PPP...Dup Dap Dup Dap. Menanti surat
panggilan untuk penempatan. Dan insyaALLAH, bila sambung
belajar, baru boleh tentukan untuk terus sebagai PPP atau nak
jadi Dr atau nak jadi Pensyarah. Atau pun Suri Rumah :D
Perancangan nak kerja waktu pejabat. Tak nak waktu syif.
Sebab, dah kahwin nanti, waktu malam kita boleh luangkan
dengan anak-anak. Nak ajar anak mengaji, nak semak kerja
sekolah, dan macam-macam lagi. <3
Δ CALON SUAMI
Ahaks...yang ni perancangan paling sukar. Sebab mama ayah
tak nak tolong cari. Sendiri kena usaha. Jadi Srikandi Siti
Khadijah, Isteri pertama Nabi SAW. Nak cari dan dapat yang
soleh, kena usaha diri jadi solehah. Begitu juga sebaliknya. Bila
berkenan, gunalah cara yang terhormat. Ikut panduan agama.
Mohon pada Pemilik Hati...:')
InsyaALLAH rumahtangga berkat dan moga cinta yang kita
sama-sama jaga diredhai ALLAH SWT dengan ikatan
pernikahan.
"Ya ALLAH, kurniakanlah aku teman hidup yang beriman dan berakhlak mulia. Andai bukan di dunia jodohku, temukanlah aku di syurga nan indah MU."
p/s: Jangan terlalu sibuk mencari cinta manusia, sehingga lupa siapa yang layak kita cinta. Janganlah kerana cinta dunia, akhirat kita lupa. Perkahwinan itu bukan matlamat. Perkahwinan adalah salah satu alat untuk capai matlamat...Keep calm & stay strong!!! Move on ^_<
Sekian, wassalam.
#honest,respect,love,loyal#
No comments:
Post a Comment