Wednesday, 31 December 2014

MA Batch 30

Januari 2012, KSKB UK

"Ayah ibu balik dulu. Jangan nangis-nangis. Anak ayah bukan kecil lagi."

" Tak lah. Ok, hati-hati. Pandu kereta molek. Mama ayah, doakan ateh ye."

                                       *******

Semput rasanya. Tarik nafas pelan-pelan. Kemudian, hembus.

"Hmmm...tingginya. Penat ye." (Ish, tak baik mengeluh)

"Alhamdulillah, lega dah sampai. F-4-121."

Dengan dia, kenalan baru merangkap teman sebilik, Tymaa (nama samaran)..nama baru- wardah...FY ^_^

"Wani, kita tak dak toilet mate ka?"

"Entah. Mungkin. Tapi, macam tak de je."

                        TERATAK CINTA SEPTEMBER <3

.....rindu dia :'( .....

                                       *******

Dewan Sri Kinta,

Dari pagi sehingga petang...Berganjak untuk makan dan solat.
Tempat mendengar, mencatat bicara ilmu...dengan mereka.
Tatkala tersengguk, ada yang mengurut...hhheee.
Lapan orang sentiasa.
Belajar sama-sama, makan sama-sama, solat sama-sama.
Riadah sama-sama.

Memori selama 1 tahun setengah menjengah kembali...Sebak.

Dan saat gembira tidak selamanya kekal.

Hidup tak selalunya indah...
Langit tak selalu cerah....

Dugaan datang bertamu,
Menduga rasa hati dalam berukhuwah,
Bila bertelingkah, bila berselisih,
Masing-masing menyepi,
Menunggu siapa yang mengalah dulu.
Adakah benar ukhuwah kita bina keranaNYA?
Berjayakah  kita melaksanakan adab dalam bersahabat?

Aku sendiri pun tak pasti.
Jujurkah aku?
Tuluskah kasih aku?
Setiakah aku?
Dalam menyemai kasih, mencambahkan cinta, menyuburkan iman.
Antara kita.

Cuma satu. Aku hanya ingin memberikan yang terbaik.
Diri aku.

Buat mereka. Insan-insan kesayangan aku...^^

#tenagapengajar#sahabat#postingmate sem 4-5#postingmate sem 6#

                                 *******

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Rasa begitu cepat 3 tahun berlalu.

Disember 2014, KSKB SAS UK

Alhamdulillah, tamat Diploma Pembantu Perubatan.

Dan apa-apa yang kita rancang pada tahun pertama belum tentu jadi mengikut perancangan kita. Apa-apa yang kita pegang, belum pasti selamanya milik kita.

Kita merancang dan ALLAH SWT juga merancang. Dan DIA lah sebaik-baik perancang.

Apa-apa yang berlaku selama 3 tahun bagai mimpi. Sekelip mata menjadi memori.

*menangis*

Sungguh rindu...:'(
Ku kirim Al-Fatihah buat mereka sentiasa. Moga ALLAH SWT lindungi dan pelihara kita semua. Sentiasa kurniakan kita hidayah. Tunjukkan kita jalan yang lurus lagi benar.

Izinkan aku menjadi sahabat dunia serta akhirat kamu walau hanya sekelumit ruang dan waktu.
Ingin ku temui kamu di syurgaNYA andai di dunia bukan jodoh kita.

Terima kasih :')

Sekian,wassalam.

_banjirdibumiALLAH_

Tuesday, 30 December 2014

Hati, Qalbu, Heart

                                   3 nama cantik.

Cantik seperti dirinya.
Fitrah dirinya suka akan kebaikan. Yang baik-baik.
Fitrah wajib ke atasnya untuk mentauhidkan ALLAH SWT.
Pencipta merangkap Pemilik Mutlak dirinya.

                                     Dialah RAJA.

Jika baik 'dalamnya', maka baiklah luarannya.
Jika buruk 'dalamnya', maka buruklah luarannya.
Mahal nilainya.
Bukan untuk dijual beli, malah untuk sentiasa memberi.
Dalam rela mahupun paksa...:')

                                     **** HATI ****

Begitu mudah untuk menyayangi, mudah untuk membenci.
Begitu mudah untuk mencintai, dan juga mudah untuk dilukai.

Walau sakit berkali-kali,
Tak pernah untuk menyerah diri,
Malah menggerakkan hayunan kaki,
Agar bangkit teguh di bumi.

Bermacam 'cerita' yang tak bertepi,
Dia akur dengan kehendak Ilahi,
Tetap dengan rutin tersendiri,
Sehingga nafas terhenti, dia pasti berhenti.

Kadang mudah untuk dijaga. Dan menjaga. Namun, jarang sekali untuk disucikan agar tampil bersih, kemas dan cantik.
Tak dapat dilihat oleh orang ramai. Hanya Pemilik Hati. <3

Hati itu boleh berkarat, cucilah hati dengan AL-QURAN & INGAT AKAN MATI. Itulah yang dipesan oleh Rasul junjungan.

Pesanan Imam Al-Ghazali:

"Carilah hatimu di tiga tempat....Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi, jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika ini kau tidak mempunyai hati."

^_^

Dalam hati itu,
Ada cinta dan rindu,
Ada iman yang tersemat padu,
Segalanya hanya untuk Yang Maha Satu.

Moga redhaMU mengiringi setiap langkahku dan jua buatmu. :')
Aamiin...

Sekian,wassalam.

_Peminjam Hati_

Wednesday, 24 December 2014

Part Time ^^

Assalamualaikum. Apa khabar kamu?
Sekarang musim tengkujuh...Bahagian Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dilanda banjir. Allahu. Moga ALLAH SWT lindungi dan pelihara seisi bumi dengan rahmat kasih sayangNYA. Aamiin.

Alhamdulillah...
Setelah sekian lama tak menulis di laman ini. Akhirnya, dapat juga jari-jemari ini menyusun kata. Melakar rasa. :D

Alhamdulillah, dah tamat diploma. Secara rasminya 31hb ini. Syukur tak terhingga kerana lulus dengan jayanya hampir 3 tahun dalam bidang paramedik. Cuma tunggu untuk PPW- Program Penempatan Wajib. Mudah-mudahan lulus. Aamiin.

'Tak rindu nak balik kolej ke?' Tanya seorang kenalan yang digelar Chappus (bukan nama sebenar). Pemain No 7 Thailand yang hangat diperkatakan yang menjadi kegilaan wanita Malaysia. Benarkah???
Okay...abaikan...Haish, isu bola pula ==
Berbalik semula tentang kolej...<3...

Selama 2 tahun 11 bulan 5 hari, menjadi warga Perak Darul Ridzuan.
Rindu makin membuak-buak pula bila menulis tentang kolej...:'(
Hampir 3 minggu cuti di rumah terasa lama. Dulu-dulu, mesti dah kemas barang nak balik kolej. Kononnya semangat nak masuk sem baru. :,)
Sekarang, tidak lagi. Baju-baju tetap di dalam almari. Buku-buku masih rapi di dalam kotak (tak muat nak susun dalam almari)...
Tak kan kembali lagi ke sana. Kerna dulu ada tujuan, ada matlamat. Kini, hanyalah kenangan. Mungkin, satu saat nanti dengan izin ALLAH SWT kaki ini akan jejak kembali di bumi Perak.

Menganggurkah Aku?

Sambil-sambil menunggu En Posmen hantar surat panggilan bekerja, sambil-sambil otak asyik fikir Hospital Negeri manalah yang terpilih untuk diri ini.... Lalu telah memutuskan untuk bekerja. Isi waktu lapang daripada terbuang. Bekerja ambil pengalaman. Walaupun tak berkaitan dengan bidang sebelum ini...hheee.
Senarai kerja;
               √ cleaner
               √ farmasi
               √ shaklee
               √ menjahit
Hmm...tu je rasanya. Tapi, semua di atas tak de. :D
InsyaALLAH menjahit akan datang. Aktiviti malam hari/hari minggu. Sebab waktu tu je yang available... Menjahit untuk diri sendiri. Shaklee pula tak ambil serius walaupun dah masuk dalam bidang tu. Hanya untuk diri dan keluarga.

Jadi, 2 bulan cuti ni bekerja dengan sepupu. Gantikan keraninya yang bersalin. Tahniah,akak!!! :)
Kerja ni tak sibuk pun..bila tak de kerja.
Hanya duduk kat meja menghadap komputer. Masukkan data akaun. Buat kunci kira-kira. Telefon syarikat lain untuk tahu harga barang. Hheee.... Tapi, malu juga sebenarnya. Sebab semua lelaki. Mujurlah mereka kat bawah. Jumpa bila perlu.  Bagi resit. Bagi makanan dan minuman tengah hari. ^^ Terima kasih.
Teringin juga turun ke lapangan untuk belajar, tapi segan yang amat. Tak pelah, belajar dengan ayah. :)

"Pesan ayah, rajin-rajinlah turun kat bawah."

"Nak buat apa? Bukan diorang nak mengajar. Diorang sibuk buat kerja."

"Pergi brainwash diorang."

"Aku..... " ^_^

Moga dalam rahmat kasih sayang ALLAH SWT selalu. Aamiin.

_Sekian,wassalam_
::Lambaian Workshop::
Genap seminggu :-)

Tuesday, 11 November 2014

"Cinta Dunia"

Dia datang lagi
Mengganggu kamar sanubari
Ingin ku halangi
Rasa yang bertakhta di hati
Walau dengan air mata saban hari.

Sungguh,
Sikapnya membuatkan aku rimas
Hadirnya membuatkan aku cemas
Hanya mampu susun indah nafas
Membenam rasa yang tak dilepas.

                        Pepohon cintaku kian merimbun
                        Semakin dicantas makin bertunas
                        Tidak mampu mendustai hatiku
                        Rasa cinta fitrah manusia.

                       Siapalah aku menolak cinta
                       Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
                       Hidup ini tidak akan sempurna
                       Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa.

Allah,
Pemberi Rasa Cinta
Tuntunlah rasa ini
Ke arah jalanMu
Menggapai redhaMu bersama
Agar bertemu kembali
Dengan iman tanpa rasa jemu.

Allah,
Pemilik Segala Hati
Tidak ku pinta jalan yang mudah
Hanya ku pinta kurniakan aku hati yang tabah
Mengawal segala ancaman yang menggugah
Agar impian dan matlamat tidak punah.

                          Hidup tanpa cinta
                          Sengsaralah jiwa
                          Sengketa dan dusta
                          Yang merajai jiwa
                          Di batasan cinta
                          Syariat terjaga
                          Tanpa keraguan tanpa kesangsian.

             Betapa sucinya kasihMu Tuhan
             Betapa agungnya kebesaranMu
             Diri ini mengharapkan cintaMu
             Kekalkanlah rasa kehambaanku.

#letak dunia di tangan, akhirat di hati#

___P E N C I N T A___

Wednesday, 22 October 2014

Aku cemburu

Sungguh......

Aku cemburu.
Cemburu pada dirimu.

Cemburu akan kamu,
Tak pernah kau jemu,
Malah gigih menimba ilmu,
Di saat yang lain leka dengan muka buku.

Cemburu akan kamu,
Walau rebah dalam payah,
Kau tetap bertahan dalam tangismu,
Di saat yang lain makin menjauh.

Cemburu akan kamu,
Dirimu sudah ada empunya,
Tak usah untuk kau jaga,
Hatimu daripada cinta sia-sia.

Hanya cinta Yang Maha Esa dan dia.

Cemburu aku,
Boleh jadi permulaan yang baik.
Andai aku benar-benar letakkan rasa cemburu itu pada tempatnya.

_$i Çemburu_

*KesaYANgaN*

<3 Thanks a lot for loving & sharing :')

Sunday, 5 October 2014

Malam raya Aidiladha #2

Di kepekatan malam...
Hmm...bulan nampak separa. 11 Zulhijah 1435H
Sendirian menyepi. Menikmati malam kelam sambil tangan meluahkan kalam. Sebak :'(

Bas Utama Ekspress menuju ke Ipoh.... Sejuk.
Mujurlah jaket hitam ada bersama.
Pak cik driver asyik bersembang dengan seorang penumpang.
Sembang mesra sambil gelak ketawa... Hilangkan mengantuk mungkin :D
Mata tak jemu memandang alam.
Subhanallah, cantik nan indah. Ku cari bintang, tidak kelihatan.
Tapi, aku yakin si kerlipan malam ada sepanjang perjalanan.
Mungkin awanan melindungi keindahannya.
Sungguh, terasa begitu dekat denganNya. Ciptaan alam yang memukau.
Bukan saja mata yang memandang. Bahkan hati terus-terusan berbicara dengan bahasanya...^^

Sepi.
Suara-suara penumpang kian sunyi.
Bisu.
Hanya tulisan menjadi penyatu.

Lagu dangdut berkumandang....
"Bulan itu bulan cinta"
Memeriahkan suasana...membuai rasa...

Bukk!
Aduh, kepala terhantuk cermin bas. Hah, baru tersedar. Asyik sangat.
Eh, doa naik kenderaan dah baca ke?
Tak pelah, baca berkali-kali... Dapat pahala lebih :D

2 BULAN LAGI

Tup tup, cepat masa berlalu...
Kembali kembara jihad ilmu.
Korbankan rasa cinta yang bertamu.
Untuk kejayaan yang dituju.
Hanya seketika waktu.
Terima kasih atas doa, duhai kesayangan-kesayangan ku <3
Tanpa doa kalian, mana mungkin aku terus bangkit.

Allah,
Tempoh ini,
Zahirnya agak lama...
Tempoh ini,
Pelbagai macam yang akan menerpa...
Tak ku pinta, ringankan bebanan.
Tak ku pinta, kurangkan rintangan.
Cuma satu.
Kuatkan diri ini.
Tabahkan hati ini.
Teguh bersama tali agamaMu Ya ALLAH.
Mencapai matlamat kehidupan seiring impian,
Agar redhaMu menemani aku.
Sentiasa!
Aamiin...

#tinta hati seorang hamba yang leka dan alpa#
_$ekian,wassalam_

*tajuk tak sesuai dengan entry =.=

Saturday, 27 September 2014

Jom cuba ESP!

                           "Akak, minum susu ni." Laung Fakhriah.

                           "Susu ape ni? Rasa ape? Sedap tak?"

Bertubi-tubi soalan. Hanya pandangan yang menghala pada gelas.

Aneh.

                           "Ala akak ni... Rasalah dulu. Nanti kita beritahu akak."

                           "Ish Fakhriah ni... Takut pulak akak nak minum. Warna dia
                            pun tak macam susu-susu biasa yang akak minum."

                           "Akak!!! minumlah dulu. Ke akak nak kita yang tuang

                            dalam mulut akak?"

                           "Hah! Ok ok ok... Akak minum. Sabarlah dulu sayang."

Bismillahirrahmanirrahim.

Gulp!!!

                          "Erk, susu ape ni? Tawar je? Rasa macam soya. Tapi, air

                           susu soya pun manis daripada susu ni."

                          "Hehehehehe...Heh."

                          "Ish, gelak pulak dia ni. Cepatlah beritahu akak!"

                          "Sabarlah akak. Akak ni garanglah... Hhheee.. Akak minum
                            habis dulu. Gelas jangan lupa basuh."

Sempat lagi beri peringatan.

                         "Fakhriah, akak minum sikit Fakhriah minum sikit. Boleh?"

                         "Kita buat untuk akak lah...Kita dah minum sebelum akak

                           lagi."

                         "Alolo.. sweetnya adik akak ni. Hilang terus rasa tawar susu
                          ni. Hhheee.."

                                                   ********************

Ni dia!!!

                         "ESP!"

                         "Energizing Soy Protein"

"Susu ni berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi RENDAH LEMAK, BEBAS KOLESTROL & KAYA DENGAN ASID AMINO PENTING. Susu ni membekalkan tenaga yang lama. Nak puasa nanti, waktu sahur minum susu ni pun boleh."

                        "Long-Lasting Energy gitu...hhhee."

                        "Alhamdulillah..."

Nak tahu lebih, jom kita sembang...^_^
#Biiznillah#

Friday, 19 September 2014

Jodoh, benarkah dia untukku?

"Wani, wani bila nak kahwin? Tanya Mira."
Kecil molek orangnya. Cantik.
Teman sekampung. Sahabat sekolah rendah. Sahabat belajar dan main bersama. :D

Sekolah menengah, loss contact.
Tup tup....
Tak sangka.
ALLAH pertemukan kita semula. Di bumi KMPh.
Dan sekarang, UM tempat pengajian--- insyaALLAH jadi juruteknologi makmal mungkin ^_^

Soalan yang membuatkan aku kelu.
Kawal, kawal... Senyum :-)
"InsyaALLAH, akan datang." Ceh, jawapan macam dah ada...
Aish, mana nak cari calon ni?

SABAR!

Tak perlu tergesa-gesa.
Perkahwinan bukanlah matlamat hidup. Perkahwinan adalah alat untuk mencapai matlamat hidup. Perkahwinan bukanlah perkara yang main-main. Perkahwinan adalah TANGGUNGJAWAB.
Nak cari pasangan hidup,
Dengan cara yang bagaimana?

                                Usaha, Doa, Tawakal

::Jodoh::
Tak perlu untuk tergesa-gesa mencari.
Mungkin dia yang sentiasa depan kita, mungkin yang kita langsung tak pernah kenal dia. Rahsia ALLAH segalanya.

USAHA
Bukan saja usaha mencari.
Usahalah memperbaiki diri.
Dengan ilmu dan akhlak terpuji.
InsyaALLAH, dirimu akan dicari.

DOA
Di saat kita berusaha, jangan lupa titipkan doa. Doa itu senjata bagi orang mukmin. Doa itu penghubung dengan Ilahi. Dan dengan doa itu saling menguatkan. ALLAH SWT pasti perkenankan. Cuma cepat atau lambat. Itu janji ALLAH.

TAWAKAL
Usaha dan doa semua orang boleh laksanakan. Tapi, berapa ramai yang mampu laksanakan konsep tawakal? Tawakal ini yang menentukan siapa yang kita bergantung harap. Benarkah hanya ALLAH SWT?
Orang yang benar-benar tawakal adalah orang yang redha dan syukur.
Apabila mendapat apa yang dipinta, dia bersyukur.
Andai sebaliknya, dia redha. Kerana dia tahu, dia merancang. Tetapi ada Yang Maha Perancang.
Yang Maha Tahu yang terbaik untuk dirinya. <3

Firman ALLAH SWT: Surah al-Baqarah ayat 216

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Benarkah dia untukku?

Hati,
Tempat menyimpan segala rahsia,
Tempat tersemainya segala rasa,
Segala-galanya.
Hanya dia.

Allah,
Mungkin dia orang yang tepat. Keadaan dan masa tak mengizinkan.
Mungkin dia bukanlah orangnya walaupun masanya sekarang.
Wahai lelaki, selagi belum ada kepastian, jangan pernah memberi harapan.
Wahai wanita, bertegaslah dalam memberi jawapan.

Hati,
Tiada yang bisa memahami,
Tiada yang mengerti,
Melainkan Ilahi,
Pemilik segala hati.

Oh Tuhan,
Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku tercipta untukku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan.
            (In-Team; Doa Seorang Kekasih)

Segalanya dalam ilmu ALLAH. Sebagai hamba, yakin dan berbaik sangka dengan ALLAH. Jangan khuatir andai cinta insani yang diingini bukan untuk kita. Tak di dunia, akhirat ada. Pasti!
^_^

_$ekian,wassalam_
#keep calm & stay strong

Sunday, 7 September 2014

Patah hati ; Kecewa atau Bangkit?

Hati,
Begitu mudah dia terluka,
Walau kerana hal kecil cuma.
Walau kerana satu cinta,
Yang bukan untuk kita.

Namun,
Walau berkali-kali,
Dia tetap bertahan di sisi,
Menuju destinasi abadi.

Hati,
Meniti hari demi hari,
Dia tabah menghadapi,
Menggapai bahagia yang dicari.

Patah Hati

Mesti pernah kan?Selalunya melibatkan orang yang kita sayang.
Biasalah, bila dah sayang, hati pun kita bagi walau tak diminta. Sebab hati tak perlukan modal yang beringgit-ringgit.
Tapi, modalnya LEBIH MAHAL daripada wang ringgit. Dan sebab dia mahal, perkara yang remeh membuatkan kita sakit.
Kata orang, jatuh cinta sekejap je. Nak lupakan ambil masa. Ada yang bertahun, ada juga sepanjang hayat.

Kecewa atau Bangkit

Bila kecewa, selera makan hilang (bukan semua). Pelik.
Hati yang sakit, perut jadi mangsa.

Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup telan panadol berpapan-papan (kononnya nak bunuh diri). Belum yang kategori super dahsyat. Yang ni mungkin jadi doktor bedah sendiri.
Ish, sebab cinta sampai nak binasakan diri. Sebab cinta manusia tak nak hidup. Allahu.
Fikirlah waras. Ada akal. ALLAH bagi nikmat akal untuk kita bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Nikmat akal ni ALLAH tak kurniakan kepada siapa-siapa pun. Hanya awak, sebaik-baik ciptaan.

Hanya kerana cinta dia seorang
• kamu nak hancurkan hidup sendiri
• kamu nak musnahkan kebahagiaan mak ayah

Biarlah

Lepaskan dia. Dia ada hak untuk kebahagiaan hidup dia. Doakan yang terbaik untuk nya dan diri awak sendiri. Awak ada hak untuk kebahagiaan diri. Pilih lah untuk bahagia. Walau dia seorang pergi, percayalah masih ramai disisi.

Yang penting sekali, letak ALLAH di makam yang teratas dalam hati. Sebab ALLAH Pemilik Hati <3
Bila ALLAH dihati, risiko untuk kecewa kurang berbanding kita tempatkan manusia dihati. InsyaALLAH.

:: Yang pergi itu mungkin cinta, yang datang ini mungkin jodoh ::
---> JODOH, benarkah dia untukku?

_$ekian, wassalam_

Thursday, 14 August 2014

Pentingkah Suplemen?

Alhamdulillah, clinical's assignment completely done.
And next homework is blog walking :)
Then, share it to readers.
Please enjoy your reading. Thank you. ^_^

Suplemen?
Dulu-dulu, tak suka. Tak ambil tahu langsung.
Macam-macam diuar-uarkan tentang suplemen. Suplemen itu, ini. Begitu, begini. Ambil apabila dipaksa. :D

Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi. Mudah dan cepat. Laman sosial penuh dengan suplemen bagai. Facebook ada, whatsaap ada, Twitter ada, Instagram ada. Kalau boleh semua applications nak ada. Orang lain ada, kita pun nak ada.
Terseliuh jari telunjuk asyik scroll je... Mata pun berpinar rasanya.

Jadi, hanya ambil sedikit masa untuk google tentang suplemen. Ilmu untuk kesihatan. Sihat itu kan nikmat. :-)

Suplemen merupakan makanan tambahan yang menampung pengambilan biasa makanan harian kita. Kebiasaannya, mereka yang mengambil suplemen adalah mereka yang ingin tampil cergas dan cantik. Selain itu, mereka yang malas tentang pengambilan makanan juga amatlah digalakkan untuk mengambil suplemen.
Pemilihan suplemen biarlah yang baik, halal dan berkualiti.

Tapi, suplemen ni bukanlah ubatan. Malah bukan juga makanan yang menggantikan makanan harian kita. Suplemen diambil bagi melengkapkan pemakanan harian kita. Nak ambil suplemen, biarlah ikut keperluan dan kemampuan. :)

Jom usha laman ini. Banyak info berguna yang dikongsi. :D
1) www.elaila.net
2) vitamin2u.net
3) throughtmylife.blogspot

Bila dulu, kena paksa. Tapi sekarang, tidak lagi.
Usaha tingkatkan taraf kesihatan. Nak jadi energetic person for ummah kan? InsyaALLAH. ^^
Sama-sama mencari manfaat. Moga ALLAH SWT redha. Aamiin.

                    <3
= Distributor of Shaklee=

_$ekian, wassalam_
       

Wednesday, 6 August 2014

Pujian vs Teguran


"Adik, u ni baguslah. Cekap. Rajin. Keep up ur good work." Puji Dr Lau.

Apabila dipuji,

Pujian yang jarang diperolehi namun sekelip mata membuatkan diri kita bangga, riak. Na'uzubillah. Apabila dipuji, lafazkan terima kasih kepada yang memuji dan lafazkan syukur kerana sebaik-baik pujian kembalikan kepada ALLAH SWT. :-)

"Cikgu, mereka ni students cikgu ye. Mereka ni tak diajar untuk greeting ke?" Tegur staf berbaju biru.
"Kami ajar mereka greeting LP." Balas Cikgu Fitri.

Apabila ditegur,

Sekali ditegur, ambillah pengajaran dan maafkanlah yang menegur. Mungkin diri kita tak sedar dalam kesibukan kerja, kita sombong untuk menyebarkan salam, melemparkan senyuman.
Katakan pada hati. 'Tak pe, silap aku tu.'

Tapi, bila berkali-kali ditegur atas perkara yang sama. Rendahkan hati untuk memaafkan. Manusia tak pernah puas. Tak akan puas.
Buat baik, salah.
Buat jahat, lagilah salah.

Jadi, jangan cepat melatah. Melenting. Apabila kita balas balik dengan ketidakpuasan/kemarahan, sama sahaja antara kita dan dia. Yang rugi adalah diri sendiri juga. Jadi, kawal emosi ye...

Sabar, tenang, senyum.
Syukur dan reda. Itulah MUKMIN.
Orang yang beriman dengan ALLAH, mesti dengan sungguh-sungguh sebagaimana dia melakukan sesuatu perkara dengan sungguh-sungguh. (teringat tazkirah pendek dari Pengarah, Tn Haji Moideen)

Bahagiakan diri anda agar orang lain turut bahagia. InsyaALLAH. <3

#reminder to myself
>>>Muslim>>>Mukmin>>>Muttaqin
_$ekian, wassalam_

Monday, 4 August 2014

Awak...

          Terik mentari membasahi diri
          Namun gagah tetap menanti
          Walau yang dicari belum pasti
          Hanya berserah pada Ilahi.

Awak,
Tanpa usaha tak kan membuahkan hasil. Jangankan buah,
bunganya belum tentu. Angan je lebih... Usaha itu bermula
dengan diri sendiri.

Sakit???
Sudah tentu. Menanti yang tak pasti membuatkan hati
ternanti-nanti tanpa tujuan hakiki.
Hati bagai ditusuk sembilu. Pedih.
Air jernih deras mengalir pergi.
Sia-sia dialirkan andai bukan untuk Ilahi.

Masa,
Pantas berlalu
Takkan datang kembali mengutip kenangan lalu
Yang berlalu, biarkan berlalu
Melangkah gagah azam baru.

          Tuhan leraikanlah dunia
          Yang mendiam di dalam hatiku
          Kerana di situ tidak ku mampu
          Mengumpul dua cinta.
          Hanya cintaMU ku harap tumbuh
          Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh.

                               (Antara Dua Cinta- Nazrey)

Awak,
Kuatkan azam
Tanamkan tekad
Mantapkan pegangan akidah dan juga akhlak
Ulangkan hafalan kalam-kalam ALLAH
Moga kelak menjadi saksi cinta kepada yang ESA.

Lelah. Teruskan.
Rebah. Bangkitlah.

ALLAH ada sayang :)

p/s: Sejarah bukan untuk dikenang hatta diulang. Sejarah untuk diambil pengajaran. Setiap diri kita ada sejarah & kenangan masing-masing. ^^
Manis, pahit, suka, duka, tangis, tawa....
Baik, buruk....

Beruntunglah kita kerna masih diberi peluang. Alhamdulillah. <3 <3 <3

#keep calm,stay strong & smile
#on 4/8 @ 22:30
_$ekian, wassalam_

Sunday, 20 July 2014

My July 2014 ^^

| Bismillahirrahmanirrahim |

Assalamualaikum adik-adik akak :)
Apa khabar kamu?
Apa khabar iman kamu?

Alhamdulillah, untuk sem akhir akak dapat juga akak bersama kamu walaupun masa akak lebih banyak untuk praktikal.
Dan alhamdulillah, akak hanya praktikal di dalam Ipoh.

Rupanya hikmah ALLAH SWT tentukan akak dibumi KSKB untuk akak berdamping dengan kesayangan-kesayangan akak walaupun cuma 6 bulan sebelum membawa haluan masing-masing. ^^
Subhanallah.

Aturan ALLAH tersangatlah indah.
Sungguh, hati kita ALLAH yang pegang.
Moga kesayangan-kesayangan akak istiqamah dalam meneruskan juang. <3

Adik,
Andai kesempurnaan yang dicari, bukan akak orangnya.
Andai ketenangan yang diingini, bukan akak tujuannya.
Andai kebahagiaan yang ditangisi, bukan akak tempatnya.

                           Tuhan padaMu ada kedamaian,
                           Di ribaanMu kebahagiaan,
                           Tiada lagi rasa kesangsian dihati.
                           CintaMu cinta tulus suci murni,
                           KasihMu nan abadi.
                                                 (In-team: Sutera Kasih)
     
Adik,
Carilah kesempurnaan dengan mengenal Ilahi.
Peroleh ketenangan dengan dekatkan diri dengan ALLAH.
Akak hanyalah alat, bukan matlamat.
Kerna manusia itu hanya mampu memberi dengan keterbatasan, tetapi ALLAH... DIA memberi dengan kesempurnaan.
Dan nescaya kebahagiaan milik kamu sayang.
InsyaALLAH ^_^

-Terima kasih kerna menerima akak dengan baik-

#iftarjama'ie
#19/7/14@sabtu
_$ekian,wassalam_

Sunday, 13 July 2014

Bertahanlah

Dunia ini hanya persinggahan
Ibarat mimpi yang penuh fantasi
Sungguh mengasyikkan
Menjadikan kita lupa diri.

Pabila yang diharap tidak menjadi
Hati mula panas membara
Bicara kata tak putus memaki
Usah untuk tenang menggamit bahagia
Andai diri penuh sifat tinggi diri.

Ujian hadir bertimpa-timpa
Sifat sabar kemana pergi
Tetap angkuh mengejar dunia
Jauh sekali untuk mensyukuri.

Kadang lelah menerjah diri
Jasmani lemah terkulai layu
Bangun bangkit tetapkan hati
Menuju ALLAH Yang Maha Satu.

ALLAH Pemilik Alam
Hamparkan kasih sulamkan rindu
Agar setiap sisi kami rasai kehadiranMu
ALLAH Pemilik Hati
Thabatkanlah hati dan diri kami
Melangkah kembara yang tidak pasti
Meraih redhaMu menuju akhirat kekal abadi.

Segalanya rahsia Ilahi.
Bertahanlah. :,)

_$ekian,wassalam_


Wednesday, 9 July 2014

History Taking :)

Cepat letih....Tak bermaya....Kulit kusam...

Selalu sangat...Waktu remaja. Aktif, kesihatan diri tak ambil peduli.
Minum air kurang...
Makan tak ikut masa...
Bila makan, pengambilan makanan tak seimbang. Ikut suka je tapi kuantiti sedikit.. Sudahlah makan sedikit, tak kerap pula tu. Kononnya nak jaga badan...:D

Sampai satu detik tu, kena gastrik. Selalu pengsan.
Waktu ni, baru sedar nikmat sihat.

------------------------------------------------------------------------
Mula dengan Tingkatan 5, ambil suplemen. Shaklee ^_^
Itupun sekolah taja...Nak elak bazir orang beri, kita pun paksa diri ambil suplemen...Junior yang ajar cara-cara pengambilan suplemen. He he..

3 produk ;
*ESP- Energizing Soy Protein
*Omega Guard
*Lecithin

-waktu ni, ambil suplemen untuk tenaga dan minda-
#hanya MAKANAN TAMBAHAN :)

to be continued.....
_$ekian,wassalam_

Monday, 7 July 2014

Aturan Indah ;)

Credit to  Siti Nurul Amirah bt Yusof ^^

Kiriman salam pembuka bicara,
Walau wajah tidak bersua,
Jari-jemari laju berkata-kata,
Buat si dia yang berkunjung tiba.

Mungkin hati tertanya-tanya,
Siapakah dia?
Namun, kata-kata dibalas jua,
Dengan harapan dapat berjumpa.

Subhanallah, teruja.
Lafaz syukur meniti dibibir tatkala bersua.
Tak dijangka akan bertemu sejurus taaruf melalui SMS.
Di rumah ALLAH kita berbicara.
Alhamdulillah. :)

Kalimah insyaALLAH sebagai janji bersulam harapan untuk satu pertemuan yang tak dirancang. Allahuakbar.
Indah aturan ALLAH di awal bulan yang penuh dengan kerahmatan.
Maha Suci ALLAH, Pemilik Sekalian Alam.
Ya ALLAH, Engkau pasakkanlah tauhid dalam diri kami dan kurniakanlah ketabahan buat kami dalam mempertingkatkan serta memperkukuhkan keimanan kami. Aamiin...

<3 new intake Julai 2014 <3
    MA to be...insyaALLAH

3/7/14@Surau Al- Hidayah KSKB SAS
_$ekian, wassalam_

Saturday, 5 July 2014

Jangan Mengalah!

"Wani, nak tanya." tegur Lutfi.
"Kenapa buat macam ni? Saya bukan salahkan Wani."

"Lutfi, maaf. Saya pun tak tahu. Saya hanya ikut arahan." Jelas Wani.

"Bukannya apa. Saya terkejut. Ni pun baru bangun tidur. Solat Zuhur pun tak lagi. Sebab kata tak de kelas." Tambah Lutfi.

"Saya pun datang lambat ke kelas." Akui Wani.

Menunggu dalam sebak.

************************************************************************

Bila ia berlaku tanpa dipinta,
Bagilah apa-apa kata,
Telinga menjadi tuli,
Bibir lagikan terkunci.

Orang tidak melihat perkara yang lepas, orang melihat perkara yang berlaku sekarang.
Setiap yang berlaku ALLAH SWT aturkan. Dan setiap yang berlaku ada hikmah yang ingin ALLAH SWT berikan. Bersabar & Bersyukur.
*HE knows us better and HE is the best planner*

Kita teruskan hidup bukan untuk perkara lepas yang menjadi kenangan, bukan juga untuk perkara yang akan datang tanpa kepastian.
Tetapi, kita hidup kerna hari ini. ALLAH SWT bagi kita segalanya yang kita perlu. Kerna mungkin hari ini adalah permulaan hidup kita dan mungkin pengakhiran hidup kita di sini.
Bila mana kita ingin berubah, berubahlah.
Walaupun dulu kita pernah buat kemungkaran/maksiat.
Selagi kita sedar dan sentiasa bertaubat, ALLAH Maha Penerima Taubat.

#Kasihkan mereka, contohi Baginda SAW untuk membentuk akhlak mulia# insyaALLAH. :)
=selfreflection=

_$ekian, wassalam_
on 2/7/14 (Wednesday)

Tuesday, 1 July 2014

6 bulan lagi

Assalamualaikum :)

3 tahun berlalu....eh,jap. Belum lagi.
Baru 2 tahun 6 bulan. :D
InsyaALLAH, sem terakhir di bumi bahagia- KSKB SAS, UK

Bila dah jadi super senior, macam-macam rasa... T.T
Bertambah-tambah rembesan adrenalin dalam tubuh
bila dapat tahu jadual penempatan, posting mate yang baru...
Cabaran akan datang setia menunggu. ALLAH Maha Tahu.

"orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." Surah Ar- Ra'd; 28

Cuma satu pesan:
" Put our trust on ALLAH. Just HIM! "
Sungguh, bila kita ingat ALLAH, percaya dan yakin dengan ALLAH,
hati kita tenang... Tak perlu untuk khuatir. Hanya berfikir dan bertindak ikut aturan. InsyaALLAH, segalanya baik. ^_^

#moga mereka-mereka yang ngam, yang tak ngam dapat lulus dengan jayanya. InsyaALLAH, kita grad sama eh ;,)
*manusia memberi dengan keterbatasan, ALLAH memberi dengan kesempurnaan* Pasti!

~KEEP CALM & BE STRONG!~
:;birthday Siti Maisarah Mat Zain;:
F-1-98 ^^ M2
_$ekian,wassalam_

Saturday, 28 June 2014

Ahlan wasahlan :)

Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah, masih dapat kesempatan untuk berkongsi
melalui penulisan. InsyaALLAH, untuk terus berkongsi. :D

Dan alhamdulillah,
bertemu dengan bulan yang mulia- 1 Ramadhan 1435H
Jangan lupa buat CHECKLIST RAMADHAN !
Moga ramadhan tahun ini menjadikan diri kita lebih baik. Aamiin.
*Ramadhan datang bukan untuk mengubah jadual hidup kita,
tetapi mengubah hati kita ke arah yang lebih baik*

Jom, rebut ganjaran!
Make some effort, fighting!!!
InsyaALLAH.
Moga ALLAH SWT redha. Aamiin.

_$ekian,wassalam_

LOVE