Esok.
27hb April 2015 bersamaan 8 Rejab 1436H.
Tarikh keramat.
Tanggungjawab bertambah berat.
Menggalas amanah bersama teman sejawat.
Selamat Melaporkan Diri!
"Saat bahagia hampir tiba."
"Takut lak rasa."
"Nak takut apanya, dah beribu-ribu berjuta yang kerja sebagai MA. Tu Dato' Sheikh Mudzaffar yang naik angkasa, walaupun tak ramai yang ke sana, berjaya juga dia."- ayah
Diri sendiri yang memilih,
namun kerap kali gundah.
Tertanya-tanya, betulkah?
Moga yang dipilih membawa barakah.
Aamiin.
Kerana aku...
Mengenali bidang ini selama 3 tahun sebagai pelatih, dan kelak menceburi dengan lebih mendalam sebagai penjawat membuatkan diri sendiri takut. Takut tak betah mempertahankan apa yang ada di hati. Namun, cuma satu...
Teguhkan iman aku.
Yang lepas berlalu,
Ampuni dan rahmati aku.
Yang berlaku hari ini dan
Hari-hari seterusnya,
Cukuplah Dia bagi aku...
![]() |
| Trust HIM! |
Kerana hidup, tak selalu indah.
Acapkali keindahannya tak disangka-sangka.
Kadang sering membawa duka.
Jiwa bertambah lara.
Hanya kerana diri kita,
Yang ingin sentiasa bahgia.
Tanpa sekelumit sengsara.
Sehingga lupa kepada Pencipta.
Niat jauh tersasar dari mula
Hanya kerana nafsu kita,
Buas tak tentu hala.
Tanpa pengemudi sejahtera.
ALLAH,
Yang membolak-balikkan hati,
Yang memberi dan mengambil kembali segala rasa.
Tetapkan hati-hati ini,
sentiasa thabat di jalanMu.
Yang satu demi redhaMU,
Ya Rabbi.
DEbu-deBu DOsa by Hijjaz
Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa
Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati
Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa
Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati
Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi
ALL THE BEST, PPW 15 :')
Wassalam
::I'm MA HBO::
.jpg)
No comments:
Post a Comment