Sunday, 26 April 2015

Bermulanya Kerjaya sebagai PPP :')

Bismillahirrahmanirrahim.

Esok.
27hb April 2015 bersamaan 8 Rejab 1436H.

Tarikh keramat.
Tanggungjawab bertambah berat.
Menggalas amanah bersama teman sejawat.

Selamat Melaporkan Diri!

"Saat bahagia hampir tiba." 
"Takut lak rasa."
"Nak takut apanya, dah beribu-ribu berjuta yang kerja sebagai MA. Tu Dato' Sheikh Mudzaffar yang naik angkasa, walaupun tak ramai yang ke sana, berjaya juga dia."- ayah


Diri sendiri yang memilih, 
namun kerap kali gundah. 
Tertanya-tanya, betulkah? 
Moga yang dipilih membawa barakah.
Aamiin.

Kerana aku...

Mengenali bidang ini selama 3 tahun sebagai pelatih, dan kelak menceburi dengan lebih mendalam sebagai penjawat membuatkan diri sendiri takut. Takut tak betah mempertahankan apa yang ada di hati. Namun, cuma satu...

Teguhkan iman aku.
Yang lepas berlalu,
Ampuni dan rahmati aku.
Yang berlaku hari ini dan 
Hari-hari seterusnya,
Cukuplah Dia bagi aku...

Trust HIM!
Kerana hidup, tak selalu indah.
Acapkali keindahannya tak disangka-sangka.
Kadang sering membawa duka.
Jiwa bertambah lara.
Hanya kerana diri kita,
Yang ingin sentiasa bahgia.
Tanpa sekelumit sengsara. 

Sehingga lupa kepada Pencipta.
Niat jauh tersasar dari mula
Hanya kerana nafsu kita,
Buas tak tentu hala.
Tanpa pengemudi sejahtera.

ALLAH,
Yang membolak-balikkan hati, 
Yang memberi dan mengambil kembali segala rasa.
Tetapkan hati-hati ini,
sentiasa thabat di jalanMu.
Yang satu demi redhaMU,
Ya Rabbi.

DEbu-deBu DOsa by Hijjaz

Ke arah mana halanya 
Bagi insan yang terleka 
Mengejar nikmat dunia 
Bagaikan hidup selamanya 
Tak peduli dosa noda 
Seksa azab neraka 
Hidup jauh dari rahmatNya 

Terpedaya pada dunia 
Pentas ciptaan manusia 
Terlupa pada segala 
Mengikut nafsu semata 
Membiar syaitan beraja 
Di hati dan juga jiwa 
Mengejar dunia penuh debu dosa 

Teguhkanlah iman dalam diri 
Moga dikau akan merasai 
Betapa indah nikmat Ilahi 
Dan yakin kau akan dirahmati 

Harus kau percaya dengan pasti 
Dunia tidak kekal abadi 
Hanya menguji cekalnya hati 
Sebagai khalifah yang sejati 

Tak perlu kau meragui 
Andai teguh keimananmu 
Pasti bahagia menanti 
Di akhirat yang abadi 

ALL THE BEST, PPW 15 :')

     Wassalam
::I'm MA HBO::

Tuesday, 14 April 2015

Debaran PPW15

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Wani, dapat mana?"

"Eh, dah tahu ke?"

"Haha...Berdebarlah tu."

Menanti dalam debaran. Dan akhirnya.

Penantianku kini telah pun berakhir,
Detik bahgia kini telah pun hadir...

Bahagia ke? 
InsyaALLAH :')

Bertambah-tambah berdebar.
Surat pelantikan pun tak sampai ditangan. Tup tup, dah ada penempatan.

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)

Speechless.
Sebab tak sangka dapat dekat dengan kediaman walau hakikatnya itu adalah pilihan pertama. Alhamdulillah. Banyak hikmah dapat dekat tu.
*ambil pen dan buku, buat checklist sebagai muhasabah.

Rasa bahagia, tetapi tetap ada rasa risau. InsyaALLAH, segalanya baik. Senyum :)

Takut? 
Allahurabbi. Amat. Moga ALLAH SWT pelihara aku, dia, kamu dan mereka. 

"Walau dimana-mana pun berada, tetap taat merendah hati,
Ujian itu tanda kasih sayang Ilahi, 
Ingat! dunia ini bukan tempat abadi, 
Kerna destinasi hakiki sentiasa menanti."

Apa-apa pun, sentiasa TAJDID NIAT!
Saat lemah, ingat semula permulaannya. Bukankah segalanya bermula dengan mata? 
Dan HATI kamu yang memutuskan sama ada untuk terus atau henti.


Kerana hasrat tercinta, taat.
Kerana matlamat, diri mesti kuat.
Kerana yakin akan akhirat, dunia tempat berpenat.
Segalanya bermula dan maut sebagai penamat.

Just Endure!
;; Jiwa itu Kehidupan ;;

Keep calm & Stay strong!
   -Please, pray for me-
...13 days to go through...

Wednesday, 8 April 2015

TENTANG KITA :’)

Tempat baru, kenalan baru dan kenangan baru. Segalanya baru. 
Coretan ini TENTANG KITA... 

kerna aku rindu. Dan selamanya aku rindu akan kamu. :’(
Rindu dari awal pertemuan hingga saat kejauhan.

TERATAK CINTA... Kejutan khas buat kamu. Ku kirim dihias untuk kamu sempena SEPTEMBER 2012...

“wani, nak kek apa?”
“apa yang ada?” ku tanya kembali. Menanti jawapan dari orang di sana.
 “wani, kek ni nak tulis apa?”
“erm... teratak cinta.” Laju bibir menutur sambil mengayuh basikal. Tersenyum.

Tanpa bantuan dia... tak ada kut kejutan malam tu. Terima kasih...

Aduh!!! Terlanggar kon. Tak sempat nak brek.

Dan malam tu... kita potong kek sama-sama beramai-ramai sambil menyanyi lagu Samson- Kenangan Terindah. *part chorus je*

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku.
Namun, takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang telah terukir abadi sebagai
Kenangan Terindah

miss these moments

20/4/2012, Jumaat@ 2am. F-4-121

Dah tidur dia... Ops!!! Kertas apa ni?
                                                                                                                                                                Satu, Dua, Tiga... Surat ke kad ni? Tentang apa?

Terpempan.

Kertas kecil segi empat sama yang berwarna-warni berlipat-lipat penuh dengan luahan dan contengan. 

“Tiada sebab untuk wani maafkan awak. Sebab awak tak de buat salah. Maafkan wani. Yup, kita sahabat till Jannah, insyaALLAH. Selamat malam, sayang.”  
                                                                                                                 
Cup.

“Sahabat selalu marah macam mak kami, sahabat selalu jaga macam mak ayah kami, sahabat itu manja macam adik kami, sahabat buli macam abang kami. Dan persahabatan bukanlah siapa yang hadir terlebih dahulu, tetapi yang datang dan tak pernah meninggalkan kita sendirian.”

17/1/2013, Khamis@ Dewan Sri Kinta

A big one card... Green Colour.                                

And I really really love your hand’s writing dear.

Dingin... Dengan aku, kamu acapkali terluka. Dan aku juga terluka. Dalam diam, masing-masing pendam rasa yang membungkam.

However, you’re so special with your own way...

Hatiku kecewa
Bukan dengan sikapmu
Tapi dengan diriku
Kau pergi...
Hinggaku terkaku,
Terdiam sendiri...
Hingga ku meratap
Dalam sepinya hati....
Oh temanku,
Kau ibarat bintang berkerlipan,
Memancar cahaya saat kesunyiaan,
Walau ku sedih
Kau masih bersinar....
Terkadang malam menghiasiku
Kau dakapiku dengan kata indahmu,
Oh temanku...
Jangan kau pergi 
Mendiamkan ku seorang diri 
Ku rindu gelak tawamu 
Juga suara indahmu 
Oh temanku...
Maafkanlah aku seandainya saat ku berkata 
Engkau menangis... 
Ku cuba menjadi insan 
Yang membahagiakan kamu 
Namun ku tahu ku cuma manusia 
Ohhh...

Malam itu, tanpa kamu... Namun, tetap saja kamu ada. 19/1/2013 (K-Fiqh)
*the song is ended but the melody lingers on*

Dan awak, lain daripada yang lain... Sebab bila ada sesuatu yang mengganggu, awak tak kan berterus terang dengan saya. Jarang sangat. Saya tak suka tengok awak selalu menangis.

Never forget and forgot... 4/5/2013, Sabtu @ 12.31am

I’m just going to sleep...And I heard someone open the door. It’s you.. But then, i still didn’t wake up. You look around the table.... Writing something and going out.

“Wani, harini saya lemah... Mujahadah tak cukup hebat... I was feeling so lost. Alhamdulillah, Allah masing sayang... Doakan saya kuat wani... I’ll try hard! Yeah!”

Those night. I’m not a person that can hug you and comfort you with my lovely words. I’m sorry.

“No matter how many times the teeth bite the tongue, we still stand together.”

23/9/2012, Ahad
“I will try my best to protect you even i’m not strong as you.”

17/2/2013, Ahad
“And you make me fell in love with you too.”

My first & last short notes within 6 months.
And You...out there!!!
Again. “ I’m falling in love with you now....and then.”

3 years.... The earth of Perak Darul Ridzuan,
You always with me... :’(

As my deskmate... As my bedmate out from college...As my postingmate.
2012-2014
And who know.. i’m your SA and you...

Forever MYSA, insyaALLAH. Even I’m married, you still my SA. Till my last breath. Till Jannah Firdaus aamiin. May ALLAH SWT bless all of us.

The memories alot... about fasting, sahur & solat terawih together at Parit, photoshoot and riding motorcycle in rainy day form/to HBUK, walking around at Kampar, ran from dog’s barking..... I want to write all the moments about us, but I can’t. Because  if just about both of us, I can’t write about others :D

 “Tak kira sekuntum bunga itu harum atau tidak, tumbuhnya tetap di tanah… Tak kira apa bentuknya bulan, tempatnya tetap di langit… Begitu juga dengan kita, tak kira jauh atau dekat, jumpa atau tidak, tempatnya tetap dalam hati. ”

Take five!!!
Microb’s lecture.

Please write something in my favourite book.

“A woman’s love should be so lost in a God that a man needs to seek Him first in order to find her."
Truly Love,
You

‘wani, jom tanya cikgu?’
'wani, faham tak yang cikgu ajar tadi?'
‘wani, terangkan patofisiologi ni?’
’wani buat past year tak?’

Nak dekat exam, lagilah gelabah. Nota sentiasa ada walau nak hang out. Haha...

Boleh kata, she is my study mate... always.

Kamu dengan dia...Cara study yang berbeza. Awak dengan peta minda yang awak tulis selepas baca. Dia hanya nota... Baca,baca dan baca. Aku... Tidak setenang dia, tidak juga bergelora seperti kamu.
And you... not only ask me about study. Duduk di rumah bercuti pun, ada soalan yang ditanya.

Dengan kamu dan dia, tak puas bercerita. ‘Senaman untuk kecilkan peha’. Heh.

“We shared smiles…We wiped tears…and through the years. Our friendship has grown along with us… You are truly a wonderful part of my life.”

Eh,,, Ada keturunan arab ke?

Awak,
Yang tak putus bertandang....
Buat kecoh dengan yang seorang...
Kadang hadir hanya untuk memandang...

Yang sudi menerima kunjugan...                                                                                                       Mendengar bait bicara dengan senyuman...                                                                                       Mententeramkan jiwa dalam pelukan...

Lukisan tangan penuh misteri,
Warna corak yang memenuhi,
Sesukar itukah untuk dimengerti?
Diri ini dan si misteri...

“HE loves you,my friend…moga sahabat selamanya.”

Bidadari...
Puisi dibaca tatkala sambutan ulang tahun kelahiran.
Dalam kesamaran cahaya yang penuh keindahan.
Mengikat hati-hati terus mengharap keredhaan Tuhan.
                                                                            
Hasil pena dan suara dari dia.. :’)
Mohon baca sekali lagi boleh? *rindu

Disaat ada yang sakit,
Kau hadir bawa azimat,
Mendorong penuh hebat,
Agar bangkit lebih kuat,
Dengan iman utuh tersemat.

“Sunyi jalan menuju ALLAH, menggamit hati mencari teman. Indah jalan menuju ALLAH, jika teman seperti Khadijah... Masih ada lagi...”

Pemburu.
Kerana sumpit, teringat awak yang seorang.

Comel. Mengimbau kenangan kena hack by message... :’)
Jom berebut giant balloon lagi nak?

“Love is not only about a word. It’s  an actions.” 

2P girls...

Purple+Pink ^_^

Creative one.

You like teddy bear as birthday gift. But, i never give even one. :D

And you’re really love Najwa Latif’s song...Am I right?

“If u believe ALLAH is strong, sudah semestinya hamba yang diciptakannya juga kuat. Setiap dugaan masa belajar adalah cara ALLAH mengajar kita untuk belajar.”

Geng OSCE.

Yang terawal dan juga yang terakhir.
Biasalah, pangkal nama bukan N. Bukan S. W lagi jauh... J

Antara awak dan wani, mungkin kurang bicara manja, sikit meluah rasa.
Namun, tetap sahaja awak sahabat dunia akhirat saya.

Tapi, dengan awak... IG topik utama.
‘wani tak de IG ke?’
Aktif ye awak dengan IG...

**********

Dalam kita berkawan, macam-macam fiil ada... Tapi, yang itulah perencah rasa. Tiada mereka, kadang hidup sepi tanpa senda, sunyi tanpa gaduh manja.

Ada yang ajak berselfie.
Ada yang sentiasa sms.
Ada yang dengan gitar merah kesayangan.
Ada yang dengan buku indie.
Ada yang dengan coklat pepero.
Ada yang dengan dapur kegemaran.

Dan... fiil itu yang membuatkan aku rindu. Medical Assistant Group 30 to be, insyaALLAH..

“Sahabat itu ibarat cebisan susunan puzzle. Tanpa awak, tidak lengkap susunan tersebut.”
Contengan teratak cinta. Tautan kasih antara kita. Andai satu tika diri ini terlupa atau lupa, moga coretan yang tak seberapa ni terus tersemat di sini. Moga ukhuwah tetap bersemi demi kasih Ilahi...InsyaALLAH.

Teman,
Setiap pertemuan,
Pasti ada perpisahan.
Cuma sementara atau selamanya...


“Persahabatan ini bukan milikku & bukan jua milikmu. Persahabatan ini adalah aturan ALLAH Yang Maha Mengetahui.. kerana ALLAH, aku mengenalimu..kerana ALLAH, persahabatan kita terukir. Yang padat dengan riang, ketawa, menangis, sedih bersama..kerana ALLAH, sayang dan rindu tersemai dalam naluri & perasaan kita..kerana ALLAH, segugus kenangan dihamparkan ke minda kita..kerana ALLAH, hadirnya perpisahan antara kita. Moga persahabatan ini kekal dan kekal ke akhirnya walau dalam kenangan. ”

Jazakumullahu khairan kathira. Fi hifzillah.
Wassalam.

     Salam sayang,
::budakkecikskema::

Monday, 6 April 2015

Sukar mengurus kewangan? Rasa berat untuk menabung? Mari cuba kaedah ni.

Kecil-kecil dulu, mama ayah ajar menabung. Setiap kali balik sekolah, ada baki duit masuk dalam tabung.

Ting ting.

Bunyi duit syiling 50 sen.
Belanja lebih sikit, baki duit 20 sen.

Hujung tahun kira, masuk bank.
Seronok. :’)
.

.

.
Menginjak dewasa, dah ada duit sendiri (elaun, gaji)  tapi untuk menyimpan ada tak?
Atau lebih banyak dibelanjakan sehingga tak sempat  untuk menyimpan? 

Ada, alhamdulillah.
Senyum.

Tak ada?
Jangan gelabah. Tenang.

Ambil pen dan buku. Buku khas untuk debit dan kredit.

  • CATAT KEWANGAN BULANAN.

Tolak sewa rumah (tetap).
Tolak duit bayar kereta (tetap).
Bil air.
Bil elektrik.
Topup phone.
Apa-apa lagi yang berkaitan.

Dan...

Daripada segala yang tersenarai itu, mesti ada duit baki untuk perbelanjaan (makan, pakaian).

Daripada duit baki itu,,,, lebih baik tetapkan dulu untuk penyimpanan. Lagi banyak simpan, lagi elok.

Contoh: Baki duit RM 600. Tetapkan untuk menyimpan RM200 (minima). Baki yang ada lebih kurang RM400. 

  • AMALKAN PUASA

Galakkan diri BERPUASA sunat Isnin dan Khamis. Jimat itu bonus puasa yang kita nampak. Yang kita tak nampak? Lebih berganda-ganda kan?

Susah nak puasa bulan lain sebab tak biasa? Puasa Ramadhan lainlah. Bulan wajib tu. Rukun Islam yang ketiga.

Usaha dari sekarang. Bermula dengan diri sendiri. Tambahan pula, dah nak masuk bulan Rejab. Lepas Rejab, Syaban. Kemudian... Ramadhan. Lepas tu, puasa  6 Syawal pula.

  • HADKAN PERBELANJAAN

Tatkala berbelanja, UTAMAKAN KEPERLUAN daripada kehendak.
Kadang kita ini, gemar berbelanja... Baju baru beli minggu lepas, hari ini beli lagi. Handphone samsung 2 tahun guna elok lagi, 10 kali je hang... Tup tup, esok nak beli sony Z3.

Belum lagi kasut.  Lelaki mungkin 2 atau 3 pasang je kasut. Yang perempuan ni (diri sendiri), kasut kerja  satu, kasut jalan di taman satu, kasut jalan di mall satu, kasut pergi kenduri satu, kasut sukan satu...Heh. Banyakkan?

Tak masuk lagi selipar dalam bilik yang ada gambar bear/kitty/frog bagai.

Oleh itu, yang mana kita tak perlu sangat tu, TANGGUH dulu. Penggunaan kad kredit bukanlah penyelesaian.

BERSEDERHANA dalam berbelanja.

  • BACA BUKU

Ekonomi ini penting.  Islam juga menitikberatkan pengurusan ekonomi. Jadi, luangkan sedikit untuk membaca buku tentang ekonomi. Cari bacaan yang ringan, mudah difahami. Selain sumber daripada buku, sangat digalakkan bertanya dengan kenalan-kenalan yang belajar tentang ekonomi. InsyaALLAH, sedikit sebanyak dapat membantu kita mengurus kewangan diri serta keluarga kelak.

  • AMALAN MENABUNG

Nak mula menabung ni, agak susah. Tapi bila sudah rajin nak menabung, nak keluar semula dalam tabung tu fikir banyak kali. Keperluan ke kehendak?

Meh nak ajar tips menabung. Saya dah mula. Setahun sudah.  Alhamdulillah, mudah. Tak rasa terbeban.

Saya dapat cara menabung ini dari perkongsian Pensyarah merangkap Guru Tasmik saya, Ustaz Raisul Fadhla bin Safiruddin. Beliau sarankan sediakan satu tabung khas yang diberi nama TABUNG HIJAU. Agak-agak apa yang ada dalam TABUNG HIJAU? Dan kenapa diberi nama TABUNG HIJAU? Bukan Merah atau Biru? Saya sendiri tak terfikir waktu tu. Sebab sudah terbiasa setiap hari mesti menabung walau hanya 10 sen.

Rupa-rupanya dalam Tabung Hijau tu HANYA ADA & UNTUK  wang yang bernilai RM5. Segala wang yang berwarna lain tidak dibenarkan. Sebab duit hijau ni jarang dapat berbanding duit yang bernilai lebih tinggi. Kadang dalam sebulan tu, mungkin dapat 4 keping duit hijau atau lebih atau tak dapat langsung.

Dan...saya tetap menabung dengan cara ini disamping dengan cara saya.

Energizing Saving Power (ESP)

Perkongsian dari Pensyarah saya dikenali sebagai Tabung Hijau. Dari diri saya, saya kenalkan ESP. Ops, shaklee...

Asalnya Energizing Soy Protein (ESP). Kerana sayang nak buang bekas ni (ESP ke-4), simpan dulu. Tiba-tiba terfikir nak jadikan bekas ESP ni sebagai tabung. Mulalah sesi menghias ESP ni bagi meraikan GST (Guna Shaklee Ter) via Master Shaklee soon, NHI  insyaALLAH.

Tidak dinafikan juga, idea ESP ni tercetus disebabkan pelaksanaan GST. Walaubagaimanapun, hakikatnya segala ilham yang diperolehi  datangnya daripada ALLAH SWT.

Alhamdulillah. 

Apa yang ada dalam Energizing Saving Power (ESP)?

Dalam tu ada lagi Tiga tabung. Satu, TABUNG HIJAU. Dua, TABUNG OREN. Tiga, TABUNG INFAQ.

Yang sebelah tu khas untuk duit syiling.

Pelaksanaan yang bagaimana?

Tabung HIJAU.

Hanya untuk RM5. Tidak tetap amaun bulanan. Dapat, simpan.

Tabung OREN.

Hanya untuk RM20. Tetap. Setiap bulan satu keping.

Tabung INFAQ.

Bergantung pada diri sendiri. Tetapkan setiap minggu berapa dan hari apa. Contoh: RM3, setiap hari Jumaat.

Habis tahun, segala simpanan dalam tabung masuk bank kecuali Tabung INFAQ. Wang infaq ni sedekahkan kepada yang memerlukan atau masjid atau program islamiah yang perlukan dana.

Teruskan untuk tahun akan datang dan seterusnya. Wallahu’alam.


Alhamdulillah, sedikit perkongsian. Yang mana terkurang atau terlebih, mohon tunjuk ajar. Moga bermanfaat dan moga ALLAH SWT redha. Aamiin.

Sekian, wassalam. ^-^

LOVE