Thursday, 14 August 2014

Pentingkah Suplemen?

Alhamdulillah, clinical's assignment completely done.
And next homework is blog walking :)
Then, share it to readers.
Please enjoy your reading. Thank you. ^_^

Suplemen?
Dulu-dulu, tak suka. Tak ambil tahu langsung.
Macam-macam diuar-uarkan tentang suplemen. Suplemen itu, ini. Begitu, begini. Ambil apabila dipaksa. :D

Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi. Mudah dan cepat. Laman sosial penuh dengan suplemen bagai. Facebook ada, whatsaap ada, Twitter ada, Instagram ada. Kalau boleh semua applications nak ada. Orang lain ada, kita pun nak ada.
Terseliuh jari telunjuk asyik scroll je... Mata pun berpinar rasanya.

Jadi, hanya ambil sedikit masa untuk google tentang suplemen. Ilmu untuk kesihatan. Sihat itu kan nikmat. :-)

Suplemen merupakan makanan tambahan yang menampung pengambilan biasa makanan harian kita. Kebiasaannya, mereka yang mengambil suplemen adalah mereka yang ingin tampil cergas dan cantik. Selain itu, mereka yang malas tentang pengambilan makanan juga amatlah digalakkan untuk mengambil suplemen.
Pemilihan suplemen biarlah yang baik, halal dan berkualiti.

Tapi, suplemen ni bukanlah ubatan. Malah bukan juga makanan yang menggantikan makanan harian kita. Suplemen diambil bagi melengkapkan pemakanan harian kita. Nak ambil suplemen, biarlah ikut keperluan dan kemampuan. :)

Jom usha laman ini. Banyak info berguna yang dikongsi. :D
1) www.elaila.net
2) vitamin2u.net
3) throughtmylife.blogspot

Bila dulu, kena paksa. Tapi sekarang, tidak lagi.
Usaha tingkatkan taraf kesihatan. Nak jadi energetic person for ummah kan? InsyaALLAH. ^^
Sama-sama mencari manfaat. Moga ALLAH SWT redha. Aamiin.

                    <3
= Distributor of Shaklee=

_$ekian, wassalam_
       

Wednesday, 6 August 2014

Pujian vs Teguran


"Adik, u ni baguslah. Cekap. Rajin. Keep up ur good work." Puji Dr Lau.

Apabila dipuji,

Pujian yang jarang diperolehi namun sekelip mata membuatkan diri kita bangga, riak. Na'uzubillah. Apabila dipuji, lafazkan terima kasih kepada yang memuji dan lafazkan syukur kerana sebaik-baik pujian kembalikan kepada ALLAH SWT. :-)

"Cikgu, mereka ni students cikgu ye. Mereka ni tak diajar untuk greeting ke?" Tegur staf berbaju biru.
"Kami ajar mereka greeting LP." Balas Cikgu Fitri.

Apabila ditegur,

Sekali ditegur, ambillah pengajaran dan maafkanlah yang menegur. Mungkin diri kita tak sedar dalam kesibukan kerja, kita sombong untuk menyebarkan salam, melemparkan senyuman.
Katakan pada hati. 'Tak pe, silap aku tu.'

Tapi, bila berkali-kali ditegur atas perkara yang sama. Rendahkan hati untuk memaafkan. Manusia tak pernah puas. Tak akan puas.
Buat baik, salah.
Buat jahat, lagilah salah.

Jadi, jangan cepat melatah. Melenting. Apabila kita balas balik dengan ketidakpuasan/kemarahan, sama sahaja antara kita dan dia. Yang rugi adalah diri sendiri juga. Jadi, kawal emosi ye...

Sabar, tenang, senyum.
Syukur dan reda. Itulah MUKMIN.
Orang yang beriman dengan ALLAH, mesti dengan sungguh-sungguh sebagaimana dia melakukan sesuatu perkara dengan sungguh-sungguh. (teringat tazkirah pendek dari Pengarah, Tn Haji Moideen)

Bahagiakan diri anda agar orang lain turut bahagia. InsyaALLAH. <3

#reminder to myself
>>>Muslim>>>Mukmin>>>Muttaqin
_$ekian, wassalam_

Monday, 4 August 2014

Awak...

          Terik mentari membasahi diri
          Namun gagah tetap menanti
          Walau yang dicari belum pasti
          Hanya berserah pada Ilahi.

Awak,
Tanpa usaha tak kan membuahkan hasil. Jangankan buah,
bunganya belum tentu. Angan je lebih... Usaha itu bermula
dengan diri sendiri.

Sakit???
Sudah tentu. Menanti yang tak pasti membuatkan hati
ternanti-nanti tanpa tujuan hakiki.
Hati bagai ditusuk sembilu. Pedih.
Air jernih deras mengalir pergi.
Sia-sia dialirkan andai bukan untuk Ilahi.

Masa,
Pantas berlalu
Takkan datang kembali mengutip kenangan lalu
Yang berlalu, biarkan berlalu
Melangkah gagah azam baru.

          Tuhan leraikanlah dunia
          Yang mendiam di dalam hatiku
          Kerana di situ tidak ku mampu
          Mengumpul dua cinta.
          Hanya cintaMU ku harap tumbuh
          Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh.

                               (Antara Dua Cinta- Nazrey)

Awak,
Kuatkan azam
Tanamkan tekad
Mantapkan pegangan akidah dan juga akhlak
Ulangkan hafalan kalam-kalam ALLAH
Moga kelak menjadi saksi cinta kepada yang ESA.

Lelah. Teruskan.
Rebah. Bangkitlah.

ALLAH ada sayang :)

p/s: Sejarah bukan untuk dikenang hatta diulang. Sejarah untuk diambil pengajaran. Setiap diri kita ada sejarah & kenangan masing-masing. ^^
Manis, pahit, suka, duka, tangis, tawa....
Baik, buruk....

Beruntunglah kita kerna masih diberi peluang. Alhamdulillah. <3 <3 <3

#keep calm,stay strong & smile
#on 4/8 @ 22:30
_$ekian, wassalam_

LOVE