Saturday, 27 September 2014

Jom cuba ESP!

                           "Akak, minum susu ni." Laung Fakhriah.

                           "Susu ape ni? Rasa ape? Sedap tak?"

Bertubi-tubi soalan. Hanya pandangan yang menghala pada gelas.

Aneh.

                           "Ala akak ni... Rasalah dulu. Nanti kita beritahu akak."

                           "Ish Fakhriah ni... Takut pulak akak nak minum. Warna dia
                            pun tak macam susu-susu biasa yang akak minum."

                           "Akak!!! minumlah dulu. Ke akak nak kita yang tuang

                            dalam mulut akak?"

                           "Hah! Ok ok ok... Akak minum. Sabarlah dulu sayang."

Bismillahirrahmanirrahim.

Gulp!!!

                          "Erk, susu ape ni? Tawar je? Rasa macam soya. Tapi, air

                           susu soya pun manis daripada susu ni."

                          "Hehehehehe...Heh."

                          "Ish, gelak pulak dia ni. Cepatlah beritahu akak!"

                          "Sabarlah akak. Akak ni garanglah... Hhheee.. Akak minum
                            habis dulu. Gelas jangan lupa basuh."

Sempat lagi beri peringatan.

                         "Fakhriah, akak minum sikit Fakhriah minum sikit. Boleh?"

                         "Kita buat untuk akak lah...Kita dah minum sebelum akak

                           lagi."

                         "Alolo.. sweetnya adik akak ni. Hilang terus rasa tawar susu
                          ni. Hhheee.."

                                                   ********************

Ni dia!!!

                         "ESP!"

                         "Energizing Soy Protein"

"Susu ni berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi RENDAH LEMAK, BEBAS KOLESTROL & KAYA DENGAN ASID AMINO PENTING. Susu ni membekalkan tenaga yang lama. Nak puasa nanti, waktu sahur minum susu ni pun boleh."

                        "Long-Lasting Energy gitu...hhhee."

                        "Alhamdulillah..."

Nak tahu lebih, jom kita sembang...^_^
#Biiznillah#

Friday, 19 September 2014

Jodoh, benarkah dia untukku?

"Wani, wani bila nak kahwin? Tanya Mira."
Kecil molek orangnya. Cantik.
Teman sekampung. Sahabat sekolah rendah. Sahabat belajar dan main bersama. :D

Sekolah menengah, loss contact.
Tup tup....
Tak sangka.
ALLAH pertemukan kita semula. Di bumi KMPh.
Dan sekarang, UM tempat pengajian--- insyaALLAH jadi juruteknologi makmal mungkin ^_^

Soalan yang membuatkan aku kelu.
Kawal, kawal... Senyum :-)
"InsyaALLAH, akan datang." Ceh, jawapan macam dah ada...
Aish, mana nak cari calon ni?

SABAR!

Tak perlu tergesa-gesa.
Perkahwinan bukanlah matlamat hidup. Perkahwinan adalah alat untuk mencapai matlamat hidup. Perkahwinan bukanlah perkara yang main-main. Perkahwinan adalah TANGGUNGJAWAB.
Nak cari pasangan hidup,
Dengan cara yang bagaimana?

                                Usaha, Doa, Tawakal

::Jodoh::
Tak perlu untuk tergesa-gesa mencari.
Mungkin dia yang sentiasa depan kita, mungkin yang kita langsung tak pernah kenal dia. Rahsia ALLAH segalanya.

USAHA
Bukan saja usaha mencari.
Usahalah memperbaiki diri.
Dengan ilmu dan akhlak terpuji.
InsyaALLAH, dirimu akan dicari.

DOA
Di saat kita berusaha, jangan lupa titipkan doa. Doa itu senjata bagi orang mukmin. Doa itu penghubung dengan Ilahi. Dan dengan doa itu saling menguatkan. ALLAH SWT pasti perkenankan. Cuma cepat atau lambat. Itu janji ALLAH.

TAWAKAL
Usaha dan doa semua orang boleh laksanakan. Tapi, berapa ramai yang mampu laksanakan konsep tawakal? Tawakal ini yang menentukan siapa yang kita bergantung harap. Benarkah hanya ALLAH SWT?
Orang yang benar-benar tawakal adalah orang yang redha dan syukur.
Apabila mendapat apa yang dipinta, dia bersyukur.
Andai sebaliknya, dia redha. Kerana dia tahu, dia merancang. Tetapi ada Yang Maha Perancang.
Yang Maha Tahu yang terbaik untuk dirinya. <3

Firman ALLAH SWT: Surah al-Baqarah ayat 216

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Benarkah dia untukku?

Hati,
Tempat menyimpan segala rahsia,
Tempat tersemainya segala rasa,
Segala-galanya.
Hanya dia.

Allah,
Mungkin dia orang yang tepat. Keadaan dan masa tak mengizinkan.
Mungkin dia bukanlah orangnya walaupun masanya sekarang.
Wahai lelaki, selagi belum ada kepastian, jangan pernah memberi harapan.
Wahai wanita, bertegaslah dalam memberi jawapan.

Hati,
Tiada yang bisa memahami,
Tiada yang mengerti,
Melainkan Ilahi,
Pemilik segala hati.

Oh Tuhan,
Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku tercipta untukku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan.
            (In-Team; Doa Seorang Kekasih)

Segalanya dalam ilmu ALLAH. Sebagai hamba, yakin dan berbaik sangka dengan ALLAH. Jangan khuatir andai cinta insani yang diingini bukan untuk kita. Tak di dunia, akhirat ada. Pasti!
^_^

_$ekian,wassalam_
#keep calm & stay strong

Sunday, 7 September 2014

Patah hati ; Kecewa atau Bangkit?

Hati,
Begitu mudah dia terluka,
Walau kerana hal kecil cuma.
Walau kerana satu cinta,
Yang bukan untuk kita.

Namun,
Walau berkali-kali,
Dia tetap bertahan di sisi,
Menuju destinasi abadi.

Hati,
Meniti hari demi hari,
Dia tabah menghadapi,
Menggapai bahagia yang dicari.

Patah Hati

Mesti pernah kan?Selalunya melibatkan orang yang kita sayang.
Biasalah, bila dah sayang, hati pun kita bagi walau tak diminta. Sebab hati tak perlukan modal yang beringgit-ringgit.
Tapi, modalnya LEBIH MAHAL daripada wang ringgit. Dan sebab dia mahal, perkara yang remeh membuatkan kita sakit.
Kata orang, jatuh cinta sekejap je. Nak lupakan ambil masa. Ada yang bertahun, ada juga sepanjang hayat.

Kecewa atau Bangkit

Bila kecewa, selera makan hilang (bukan semua). Pelik.
Hati yang sakit, perut jadi mangsa.

Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup telan panadol berpapan-papan (kononnya nak bunuh diri). Belum yang kategori super dahsyat. Yang ni mungkin jadi doktor bedah sendiri.
Ish, sebab cinta sampai nak binasakan diri. Sebab cinta manusia tak nak hidup. Allahu.
Fikirlah waras. Ada akal. ALLAH bagi nikmat akal untuk kita bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Nikmat akal ni ALLAH tak kurniakan kepada siapa-siapa pun. Hanya awak, sebaik-baik ciptaan.

Hanya kerana cinta dia seorang
• kamu nak hancurkan hidup sendiri
• kamu nak musnahkan kebahagiaan mak ayah

Biarlah

Lepaskan dia. Dia ada hak untuk kebahagiaan hidup dia. Doakan yang terbaik untuk nya dan diri awak sendiri. Awak ada hak untuk kebahagiaan diri. Pilih lah untuk bahagia. Walau dia seorang pergi, percayalah masih ramai disisi.

Yang penting sekali, letak ALLAH di makam yang teratas dalam hati. Sebab ALLAH Pemilik Hati <3
Bila ALLAH dihati, risiko untuk kecewa kurang berbanding kita tempatkan manusia dihati. InsyaALLAH.

:: Yang pergi itu mungkin cinta, yang datang ini mungkin jodoh ::
---> JODOH, benarkah dia untukku?

_$ekian, wassalam_

LOVE