Friday, 19 September 2014

Jodoh, benarkah dia untukku?

"Wani, wani bila nak kahwin? Tanya Mira."
Kecil molek orangnya. Cantik.
Teman sekampung. Sahabat sekolah rendah. Sahabat belajar dan main bersama. :D

Sekolah menengah, loss contact.
Tup tup....
Tak sangka.
ALLAH pertemukan kita semula. Di bumi KMPh.
Dan sekarang, UM tempat pengajian--- insyaALLAH jadi juruteknologi makmal mungkin ^_^

Soalan yang membuatkan aku kelu.
Kawal, kawal... Senyum :-)
"InsyaALLAH, akan datang." Ceh, jawapan macam dah ada...
Aish, mana nak cari calon ni?

SABAR!

Tak perlu tergesa-gesa.
Perkahwinan bukanlah matlamat hidup. Perkahwinan adalah alat untuk mencapai matlamat hidup. Perkahwinan bukanlah perkara yang main-main. Perkahwinan adalah TANGGUNGJAWAB.
Nak cari pasangan hidup,
Dengan cara yang bagaimana?

                                Usaha, Doa, Tawakal

::Jodoh::
Tak perlu untuk tergesa-gesa mencari.
Mungkin dia yang sentiasa depan kita, mungkin yang kita langsung tak pernah kenal dia. Rahsia ALLAH segalanya.

USAHA
Bukan saja usaha mencari.
Usahalah memperbaiki diri.
Dengan ilmu dan akhlak terpuji.
InsyaALLAH, dirimu akan dicari.

DOA
Di saat kita berusaha, jangan lupa titipkan doa. Doa itu senjata bagi orang mukmin. Doa itu penghubung dengan Ilahi. Dan dengan doa itu saling menguatkan. ALLAH SWT pasti perkenankan. Cuma cepat atau lambat. Itu janji ALLAH.

TAWAKAL
Usaha dan doa semua orang boleh laksanakan. Tapi, berapa ramai yang mampu laksanakan konsep tawakal? Tawakal ini yang menentukan siapa yang kita bergantung harap. Benarkah hanya ALLAH SWT?
Orang yang benar-benar tawakal adalah orang yang redha dan syukur.
Apabila mendapat apa yang dipinta, dia bersyukur.
Andai sebaliknya, dia redha. Kerana dia tahu, dia merancang. Tetapi ada Yang Maha Perancang.
Yang Maha Tahu yang terbaik untuk dirinya. <3

Firman ALLAH SWT: Surah al-Baqarah ayat 216

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Benarkah dia untukku?

Hati,
Tempat menyimpan segala rahsia,
Tempat tersemainya segala rasa,
Segala-galanya.
Hanya dia.

Allah,
Mungkin dia orang yang tepat. Keadaan dan masa tak mengizinkan.
Mungkin dia bukanlah orangnya walaupun masanya sekarang.
Wahai lelaki, selagi belum ada kepastian, jangan pernah memberi harapan.
Wahai wanita, bertegaslah dalam memberi jawapan.

Hati,
Tiada yang bisa memahami,
Tiada yang mengerti,
Melainkan Ilahi,
Pemilik segala hati.

Oh Tuhan,
Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku tercipta untukku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan.
            (In-Team; Doa Seorang Kekasih)

Segalanya dalam ilmu ALLAH. Sebagai hamba, yakin dan berbaik sangka dengan ALLAH. Jangan khuatir andai cinta insani yang diingini bukan untuk kita. Tak di dunia, akhirat ada. Pasti!
^_^

_$ekian,wassalam_
#keep calm & stay strong

No comments:

Post a Comment

LOVE