Alhamdulillah, penghujung Januari 2015.
Sekejap je sebulan berlalu.
Adakah setiap hari ada penambahbaikan?
Dan hampir 2 bulan di sini. Bekerja sementara menunggu surat panggilan untuk penempatan.
Tap.
Tap.
Tap.
Menuruni tangga. Hajat nak jumpa Boss yang sibuk dengan kerja di bawah. Sama-sama dengan anak buah yang macam-macam ragam. *bagus Boss ni*
Lalu punya lalu celah kereta-kereta mewah ni, mata tak sedap memandang. MasyaALLAH, bungkusan-bungkusan air dibiarkan begitu je. Entah zaman bila punyalah... Dah pandai minum, tak pandai buang. Tong sampah punyalah besar kat depan tu. Aish.
Mulut ni rasa nak berbunyi je kat mereka tu... Tapi, hati memutuskan untuk bertahan. Patutlah ayah selalu pesan "rajin-rajinlah turun bawah tu...pergi brainwash diorang."
Memandangkan mereka ni baik je sebab tak pernah cari pasal, panggilan pun saya awak atau ada yang guna nama... Nak beli barang spare part pun minta izin, jadi biarkanlah.
Mereka tengah rajin dengan kerja mereka. Sampah ni tak bawa faedah kut kat mereka ni. Mungkin.
Alang-alang dah ada kat bawah, aku tolong kutip bungkusan-bungkusan air yang mungkin semalam, mungkin 2 hari lepas. Letak di tempat yang 'selamat'. Ye lah. Nanti terpijak, tergelincir... Naya pulak. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Kan lebih bagus. :)
Jauh yang depan tu. Tekun dengan kerjanya. Yang agak sebaya, sibuk dengan customer. Yang paling tua, terus dengan kerja. Buka itu, buka ini. Check engine mungkin. Yang paling muda, tak nampak pula. Ambil barang mungkin.
Nun jauh dalam hati. Mengiakan sendiri tanpa perlu meluah.
Mereka ini rajin. Memang rajin.
Mata menjadi saksi kerajinan mereka.
***************
Rajin itu kata subjektif. Sifatnya dinamik. Kerajinan setiap individu berbeza. Antara lelaki dengan perempuan. Jurang kerajinan tu beza amat. Hatta sesama jantina pun kita boleh bandingkan.
Yang pastinya. Rajin itu seiring dengan minat. Kualiti kerja tip top.
Kalau rajin je tapi tak minat, kualiti kerja kurang. Sebab kita mungkin buat sambil lewa. Nak kejar kuantiti sehingga lupa tentang kualiti.
Yang menggerakkan anggota adalah hati kita. Bila hati kita suka, pasti tangan kita nak capai yang kita suka. Tak gitu?
Apa yang boleh disimpulkan untuk diri sendiri. Tiada yang pemalas. Semua rajin. Cuma kita berbeza tahap kerajinan. Namun, rajin itu boleh digilap. Gilap kerajinan dengan rasa kasih dan sayang. InsyaALLAH.
Nak jadi rajin mesti cuba. Kerajinan itu lahir hasil usaha sendiri.
Pinjam ayat Ostwalt Argentum; Fake it till you make it...
Pesan Boss,
"Nak kahwin nanti, cari yang rajin. Yang jaga solat. Solat dia jaga, yang lain pun terjaga. Tak yah cari yang pemalas. Susah kita."
Bak kata Kak Hanifah, kena buat daily checklist+interview untuk pemilihan bakal-bakal pendidik ummah ni. Tak de kriteria, tekan next. Heh.
^_^
=Tersadai di Bengkel Kereta di saat yang lain Terdampar di Pinggiran Pantai=


