=PROLOG=
'Eh, kenapa menangis ni? Hani ada masalah ke?'
'Azie, salah ke kita suka kat seseorang?'
'Tak salah. Sebab perasaan tu kan fitrah. Lumrah manusia. Cuma, kita yang mesti kawal rasa tu.'
"Jangan mudah tenggelam dalam cinta...
Kerana cinta, boleh menempah tiket ke neraka.
Kerana cinta juga dapat bahtera ke syurga."
*lencun*
***************
Apabila.....
Rasa yang hadir itu,
Fitrah kita sebagai manusia.
Rasa yang hadir itu,
Anugerah Yang Maha Esa.
Rasa yang hadir itu,
Boleh jadi nikmat yang hebat.
Rasa yang hadir itu,
Boleh jadi ujian yang berat.
Namun.....
Rasa yang hadir itu,
Kadang bahagia.
Tak kurang pula,
Memberi duka pada dia.
Rasa yang hadir itu,
Mencengkam sukmanya.
Kerana dalam diam kamu,
Harapan pada dia.
Rasa yang hadir itu,
Walau bukanlah yang pertama.
Setiap rasa yang hadir itu,
Memilih dia untuk setia.
***************
=EPILOG=
Termenung panjang. Menilik rasa hati mungkin.
Berat mata yang memandang, berat lagi yang memikul.
Tersedar dek teguran.
Lamunan dibiar berlalu sepi.
Diambil pen lalu mencoret sesuatu.
Dalam dirinya bertekad 'membuang' segala peristiwa...Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
InsyaALLAH :')
::Segalanya bermula dari mata. Namun, hati yang memutuskan untuk terus atau henti. Moga ALLAH SWT redha::
_August 14_
No comments:
Post a Comment