Kereta meluncur laju. Memandangkan jam menunjukkan jam 10.15 pagi.
Jari telunjuk menekan no 4. IKIM FM!
Mata memandang fokus jalan raya yang penuh dengan kereta. Walaupun bukan waktu puncak.
Mendengar butir bicara ustaz dan DJ yang bertugas sebagai halwa telinga. Membawa aku kepada kenangan kanak-kanak remaja.
Falsafah Hidup!
Kita hidup, ada prinsip.
Ada falsafah.
Untuk capai tujuan.
Tanpa prinsip, matlamat terabai.
Sebab kita selalu kalah dengan alasan yang sama.
Alasan yang sendiri kita cipta.
Itu kita. Tak percaya?
Cubalah. Ambil sedikit masa, renung semula.
Sebab kita ni manusia. Mudah lupa.
Dunia!
Membuatkan kita teruja. Hati cepat terusik bila diusik.
Kecanggihan teknologi yang tiada penghujung. Sentiasa ada pembaharuan dan perkembangan. Heh.
***************
Menginjak remaja. Kadang membuatkan hati ibu bapa gundah. Pernah tanya rasa mereka? Tak, mungkin.
Ye lah. Nak buat ni, salah. Itu salah. Dan terus laju kita membuat anggapan.
Mak ayah tak faham kita yang remaja.
Benarkah?
Bukankah mereka juga pernah jadi remaja?
Bertanyalah dengan mereka. Walau kita remaja, hormati mereka. Selami keinginan mereka. Sebab mereka, sentiasa inginkan yang terbaik. Bukan untuk mereka. Untuk kita. PERMATA MEREKA.
Dalam mengekalkan hubungan, apa yang penting?
Hormat.
Jujur.
Cinta.
Setia.
Itu sudah tentu.
Cuma. Kita lupa satu. BERTANYA.
Kita bukan robot, mesin. Yang boleh baca apa yang tersirat. Jadi, bertanyalah. Biar sama-sama saling memahami.
Ada mereka, membuatkan aku bahagia.
Walau sedetik cuma.
Pinjaman semata-mata.
Kerana falsafah hidupku adalah mereka.
Bukan di luar sana.
Alhamdulillah.
Tanpanya tidak gelisah.
Adanya tidak membawa padah.
Hidup perlu ada falsafah.
Agar tabah dalam mehnah.
InsyaALLAH. :')
#anakmamaayah#
No comments:
Post a Comment