Assalamualaikum. :)
Mesti semua tahu kan isu sekarang. Viral di laman sosial.
Asal buka FaceBook, wall dipenuhi dengan isu wanita-wanita bertudung dipeluk dan dicium mamat Korea.
Handsome kut!
Hheee....
Dan, ramailah yang update begitu, update begini. Ada yang bersifat teguran, ada bernada sindiran.
Wanita itulah.
Wanita inilah.
Allahu...
Benarlah. Wanita zaman Nabi SAW dulu jauh beza dengan wanita akhir zaman. Mereka MELINDUNGI & DILINDUNGI.
Kini. Kira dengan jari. Hanya berapa yang melindungi, yang dilindungi dan berapa yang melindungi serta dilindungi.
Tidak mahu menunding jari ke mana-mana pihak. Kerana semuanya memainkan peranan. Bila kamu menudingkan satu jari kamu kepada seseorang. Ingat! Empat lagi ke arah diri kamu.
***************
Nak minat ke,suka ke... tak mengapa.
Lumrah manusia. Ada perasaan.
Tapi, awas!
Jangan kerana perasaan itu, menyebabkan awak tak dapat bezakan mana baik dan buruk. Tak kenal yang mana halal dan yang mana haram. Yang mana perlu kita jadikan tauladan. Dan yang mana mesti kita buang.
Tak boleh nak kawal rasa itu?
Alah awak... Saya pun bukan anti-Korea. Dan bukan juga fan-Korea. Saya mengetahui dunia Korea ni waktu 18 tahun. Kawan sebilik matrik selalu tengok. Dia memang peminat Korea. Amat. Sekarang, tak tahulah. Moga dia baik-baik dan sentiasa dalam peliharaan ALLAH SWT.
Disaat saya berhempas pulas dengan buku, dia dengan laptopnya.
Sambil pakai earphone. Bukan setakat gelak-gelak manja, menjerit girang pun ada. Mujur malam minggu. Terganggu konsentrasi saya yang tengah menelaah subjek Matematik yang macam Add Math. Erk!
Last-last, tutup buku. Menegur si dia.
"Den, tengok apa sampai tergelak-gelak, terjerit bagai?"
"Korea, Wani... Marilah join. Esok cuti kan."
Periang dan baik orangnya. Kecil-kecil comel.
Dan bermulalah...
"Ya Allah, handsome ye. Siapa ni? Hero cerita ni ke?"
"Ya Allah, cantiknya... Ni mesti heroin. Eh, memang orang Korea
kulit licin eak?"
Tak sampai 1 minit, dah tanya soalan. Teruja tengok orang Korea.
Dan cerita-cerita Korea memang best sebab jalan ceritanya yang berbeza walaupun tentang cinta. Lagi best, bila gandingan hero dan heroin yang sedap mata memandang. Sanggup ulang cerita banyak kali.
Agak-agak Sirah Nabi pun kita ulang cerita tak.
Gulp!!!
Gara-gara Korea, berjaga pun tak pe. Semata-mata nak habiskan cerita yang kebiasaannya 18-25 episode. Nak sambung cerita seterusnya pula. Tapi, waktu solat berhentilah tengok.
3 tahun berlalu pergi...
Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Dan seterusnya. Rasa sesuatu jauh di lubuk paling dalam. Rasa nak buang semua koleksi cerita yang ada dalam laptop. Korea, Melayu, Hindi, Cina, Omputih. Tapi, rasa sayang. Sebab bosan-bosan nanti boleh tengok.
Namun, ALLAH SWT Maha Bijaksana. Dia memperindahkan lagi plot cerita. ALLAH SWT tahu diri ini tak kuat nak tekan SELECT ALL & DELETE. Dia mengatur dengan cara Dia.
...............
Laptop tu CLEAR. Tanpa satu cerita. Hanya dokumen penting, assignment dan video ilmiah yang terselamat.
Alhamdulillah :')
Hiburan itu tak salah. Berpada-padalah. Agar hiburan itu tidak menjadi asbab kelalaian kita. Hidup ini pilihan dan KITA YANG MEMILIH.
::Bak kata ayah, cerita-cerita sekarang banyak yang tak membangunkan jiwa::
_Sekian, wassalam_
No comments:
Post a Comment