Monday, 6 April 2015

Sukar mengurus kewangan? Rasa berat untuk menabung? Mari cuba kaedah ni.

Kecil-kecil dulu, mama ayah ajar menabung. Setiap kali balik sekolah, ada baki duit masuk dalam tabung.

Ting ting.

Bunyi duit syiling 50 sen.
Belanja lebih sikit, baki duit 20 sen.

Hujung tahun kira, masuk bank.
Seronok. :’)
.

.

.
Menginjak dewasa, dah ada duit sendiri (elaun, gaji)  tapi untuk menyimpan ada tak?
Atau lebih banyak dibelanjakan sehingga tak sempat  untuk menyimpan? 

Ada, alhamdulillah.
Senyum.

Tak ada?
Jangan gelabah. Tenang.

Ambil pen dan buku. Buku khas untuk debit dan kredit.

  • CATAT KEWANGAN BULANAN.

Tolak sewa rumah (tetap).
Tolak duit bayar kereta (tetap).
Bil air.
Bil elektrik.
Topup phone.
Apa-apa lagi yang berkaitan.

Dan...

Daripada segala yang tersenarai itu, mesti ada duit baki untuk perbelanjaan (makan, pakaian).

Daripada duit baki itu,,,, lebih baik tetapkan dulu untuk penyimpanan. Lagi banyak simpan, lagi elok.

Contoh: Baki duit RM 600. Tetapkan untuk menyimpan RM200 (minima). Baki yang ada lebih kurang RM400. 

  • AMALKAN PUASA

Galakkan diri BERPUASA sunat Isnin dan Khamis. Jimat itu bonus puasa yang kita nampak. Yang kita tak nampak? Lebih berganda-ganda kan?

Susah nak puasa bulan lain sebab tak biasa? Puasa Ramadhan lainlah. Bulan wajib tu. Rukun Islam yang ketiga.

Usaha dari sekarang. Bermula dengan diri sendiri. Tambahan pula, dah nak masuk bulan Rejab. Lepas Rejab, Syaban. Kemudian... Ramadhan. Lepas tu, puasa  6 Syawal pula.

  • HADKAN PERBELANJAAN

Tatkala berbelanja, UTAMAKAN KEPERLUAN daripada kehendak.
Kadang kita ini, gemar berbelanja... Baju baru beli minggu lepas, hari ini beli lagi. Handphone samsung 2 tahun guna elok lagi, 10 kali je hang... Tup tup, esok nak beli sony Z3.

Belum lagi kasut.  Lelaki mungkin 2 atau 3 pasang je kasut. Yang perempuan ni (diri sendiri), kasut kerja  satu, kasut jalan di taman satu, kasut jalan di mall satu, kasut pergi kenduri satu, kasut sukan satu...Heh. Banyakkan?

Tak masuk lagi selipar dalam bilik yang ada gambar bear/kitty/frog bagai.

Oleh itu, yang mana kita tak perlu sangat tu, TANGGUH dulu. Penggunaan kad kredit bukanlah penyelesaian.

BERSEDERHANA dalam berbelanja.

  • BACA BUKU

Ekonomi ini penting.  Islam juga menitikberatkan pengurusan ekonomi. Jadi, luangkan sedikit untuk membaca buku tentang ekonomi. Cari bacaan yang ringan, mudah difahami. Selain sumber daripada buku, sangat digalakkan bertanya dengan kenalan-kenalan yang belajar tentang ekonomi. InsyaALLAH, sedikit sebanyak dapat membantu kita mengurus kewangan diri serta keluarga kelak.

  • AMALAN MENABUNG

Nak mula menabung ni, agak susah. Tapi bila sudah rajin nak menabung, nak keluar semula dalam tabung tu fikir banyak kali. Keperluan ke kehendak?

Meh nak ajar tips menabung. Saya dah mula. Setahun sudah.  Alhamdulillah, mudah. Tak rasa terbeban.

Saya dapat cara menabung ini dari perkongsian Pensyarah merangkap Guru Tasmik saya, Ustaz Raisul Fadhla bin Safiruddin. Beliau sarankan sediakan satu tabung khas yang diberi nama TABUNG HIJAU. Agak-agak apa yang ada dalam TABUNG HIJAU? Dan kenapa diberi nama TABUNG HIJAU? Bukan Merah atau Biru? Saya sendiri tak terfikir waktu tu. Sebab sudah terbiasa setiap hari mesti menabung walau hanya 10 sen.

Rupa-rupanya dalam Tabung Hijau tu HANYA ADA & UNTUK  wang yang bernilai RM5. Segala wang yang berwarna lain tidak dibenarkan. Sebab duit hijau ni jarang dapat berbanding duit yang bernilai lebih tinggi. Kadang dalam sebulan tu, mungkin dapat 4 keping duit hijau atau lebih atau tak dapat langsung.

Dan...saya tetap menabung dengan cara ini disamping dengan cara saya.

Energizing Saving Power (ESP)

Perkongsian dari Pensyarah saya dikenali sebagai Tabung Hijau. Dari diri saya, saya kenalkan ESP. Ops, shaklee...

Asalnya Energizing Soy Protein (ESP). Kerana sayang nak buang bekas ni (ESP ke-4), simpan dulu. Tiba-tiba terfikir nak jadikan bekas ESP ni sebagai tabung. Mulalah sesi menghias ESP ni bagi meraikan GST (Guna Shaklee Ter) via Master Shaklee soon, NHI  insyaALLAH.

Tidak dinafikan juga, idea ESP ni tercetus disebabkan pelaksanaan GST. Walaubagaimanapun, hakikatnya segala ilham yang diperolehi  datangnya daripada ALLAH SWT.

Alhamdulillah. 

Apa yang ada dalam Energizing Saving Power (ESP)?

Dalam tu ada lagi Tiga tabung. Satu, TABUNG HIJAU. Dua, TABUNG OREN. Tiga, TABUNG INFAQ.

Yang sebelah tu khas untuk duit syiling.

Pelaksanaan yang bagaimana?

Tabung HIJAU.

Hanya untuk RM5. Tidak tetap amaun bulanan. Dapat, simpan.

Tabung OREN.

Hanya untuk RM20. Tetap. Setiap bulan satu keping.

Tabung INFAQ.

Bergantung pada diri sendiri. Tetapkan setiap minggu berapa dan hari apa. Contoh: RM3, setiap hari Jumaat.

Habis tahun, segala simpanan dalam tabung masuk bank kecuali Tabung INFAQ. Wang infaq ni sedekahkan kepada yang memerlukan atau masjid atau program islamiah yang perlukan dana.

Teruskan untuk tahun akan datang dan seterusnya. Wallahu’alam.


Alhamdulillah, sedikit perkongsian. Yang mana terkurang atau terlebih, mohon tunjuk ajar. Moga bermanfaat dan moga ALLAH SWT redha. Aamiin.

Sekian, wassalam. ^-^

No comments:

Post a Comment

LOVE