'Awak memang nak jadi MA eak?'
'Entah.'
'Awak tahu ke MA tu?'
'Langsung tidak.'
'Dah tu?'
'Saya ikut apa yang saya rasa dan yang saya perlu.'
**********
Kononnya, dulu-dulu nak jadi wartawan, akauntan, guru, pakar forensik, doktor gigi. Tapi kini... SAYA, PEMBANTU PERUBATAN @ PEN. PEG. PERUBATAN.
'Eh, dah ada MA perempuan? Selalunya lelaki...'
'Ha'ah... Tapi, tetap lelaki lagi ramai.'
'Alhamdulillah. Boleh tengokkan yang perempuan. Tak gitu?'
Memang tak disangkal lagi... Bidang ini memerlukan FIZIKAL YANG SIHAT DAN KUAT, EMOSI YANG STABIL, JIWA YANG KENTAL...dan MINDA MESTI CERDAS... Tak boleh nak menangis depan-depan. Tahan air mata daripada tumpah...Nak menangis, lari jauh-jauh. Masuk toilet, tutup pintu, buka air. Biar air mengalir bersama air mata. Tak pun, balik bilik, menangis sambil tekup muka dengan bantal busuk. Dan ada yang lagi dahsyat.
Tahan. Tahan. Tahan. Jalan-jalan biasa... Senyum... Konon berlagak kuat. Dan akhirnya....
Segala yang ditahan tertumpah jua di tikar sejadah.
Mengadu tanpa kata. Hanya hati yang berbicara. Wanita. Air mata begitu sinonim dengan jiwanya. Heh.
'Kenapa awak tak jadi Ustazah je?'
'Kenapa, tak boleh ke?'
'Tak delah... Selalunya perempuan yang berlitup labuh bagai ni kan jadi Ustazah.'
Pemakaian bukanlah mencerminkan siapa kita nak jadi. Asal bertudung labuh, baju labuh, seluar longgar dialah Ustazah. Asal bicaranya tentang agama, dialah Ustazah. Bukankah ALLAH SWT memerintahkan kita menutup aurat agar lebih terjaga berdasarkan firmanNYA dalam Surah Al-Ahzab : 59
"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Jangan diukur seseorang itu kerana pakaiannya. Dia berserban berkopiah bagai, dia berjubah bertuduh labuh bagai, tidak bermakna dialah layak menjadi Ustaz/Ustazah. Tidak bererti hanya dia yang layak memberi peringatan mahupun nasihat. Orang mukmin itu saling menasihati. Sama-sama menuju redha Ilahi.
::ALLAH SWT tidak melihat luaran kamu. Apa yang DIA lihat adalah yang ada dalam HATI kamu::
**********
Depan bus stop....
'Wani, mesti susah nak adapt kan?'
'Hah, maksudnya?'
'Tak delah... Awak kan perempuan yang pakai tudung labuh. Mesti susah nak adapt dalam bidang ni yang majoritinya lelaki.'
'Oh... Mula-mula tu agak janggal.'
Tahun ke 3 ditanya.
Tak terkata.
Sebenarnya.
3 semester pertama. Lancar.
Duduk belajar dalam Dewan Sri Kinta, dewan kuliah. Walaupun hampir keseluruhan kelas adalah lelaki. Kami yang perempuan 47 orang. Kena bahagikan kumpulan kepada 20... Jadi, setiap kumpulan tu ada 10-11 ahli. Dan hanya 2-3 orang perempuan dalam setiap kumpulan tu.
Waktu ni, self-esteem tinggi lagi. Awak nak pakai apa, awak nak buat macam mana sekalipun, selagi apa yang awak buat itu berdasarkan agama, abaikan apa-apa yang orang lain kata. Sebab kita buat bukan kerana mereka, kita buat kerana ALLAH SWT. Bila kita tak ganggu orang lain, there is no point to them disturb us. Tapi, jangan balas balik apa yang mereka kata. Balas dengan kebaikan bila orang baling dengan keburukan.
Eh, ada kaitan ke dengan dialog kat atas?
Sambung semula...
Nak bawa diri tu tak susah. Sebab susah, kita yang tak letak matlamat. Bila tak de matlamat, kita mudah hilang fokus. Dan, mulalah kisah penyimpangan diri. Jom, lanjutkan bacaan...^_^
~WANITA DAN KERJAYA~
'Perempuan ni tak elok bekerja. Bawa fitnah.'
Statement yang selalu sangat kita dengar. Daripada mulut lelaki-lelaki yang menjaga wanita. Tak kurang juga daripada wanita itu sendiri.
Mengakui. Wanita, membawa fitnah.
Hadis Nabi SAW:
"Tidaklah ada fitnah yang lebih berat bagi kaum lelaki selepas peninggalanku daripada fitnah wanita." (Muttafaq Alaih)
Sebagai wanita/perempuan/gadis, agama Islam sama sekali TIDAK MELARANG wanita itu untuk bekerja. Malah dengan kemunculan Islam, wanita dimuliakan. Tidak kah kamu bahagia, wahai muslimah?
Tapi, kebenaran yang diberikan bukanlah sewenang-wenangnya kita boleh memperkotak-katikkan. Kebenaran yang diikat dengan SYARAT dan ADAB. Bukan untuk mengongkong tetapi menjaga.
Syarat dan Adab:
√ Ibadah wajib tidak diabaikan- solat, puasa, zakat, haji.
√ Halal & tidak menyalahi syariat Islam.
√ Keizinan daripada wali atau suami.
√ Keperluan- ada keistimewaan hebat sehinggakan kemahiran sangat diperlukan oleh masyarakat umum.
√ Bersesuaian dengan fitrah- mengikut kemampuannya sebagai seorang wanita.
√ Tidak menghalang tugas fitrahnya sebagai seorang anak, isteri dan ibu- tanggungjawab keluarga tidak terabai.
√ Menutup aurat & menjauhi fitnah- jaga batasan dengan lelaki, tidak berhubung kecuali atas keperluan & pekerjaan.
√ Tujuan & niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan, keghairahan kepada mengumpul harta atau semata-mata untuk menyaingi lelaki.
√ Mengutamakan bernikah & menetap diri jika mampu kecuali kerana ada keperluan & kepentingan terhadap keluarga, agama dan masyarakat- digalakkan bekerja dalam tempoh tertentu sahaja.
√ Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan & kecacatan dalam pendidikan anak-anak.
Sumber;
1) http://www.zaharuddin.net
2) halaqah.net
Sebagai muslimah, ada adab yang mesti kita patuh.
Bukan untuk wanita sahaja. Lelaki pun ada adab yang kena jaga.
Biar sama-sama menjaga, insyaALLAH terjaga. :)
::Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Usaha sikit-sikit::
KEEP ISTIQAMAH
**********
Jalan-jalan riadah...
'Wani, jom berhenti jadi MA.'
'Kenapa?'
'Ala Wani...Macam tak tahu. Saya tak nak... Kena sinsing lenganlah, tak boleh nak pakai handsock lah, baju ada shape. Longgar salah, ketat lagi salah. Ish, tak faham..'
3 semester kedua. Praktikal.
Waktu ni baru tahu langit tu tinggi atau rendah.
Self-esteem makin menurun...:'(
*menangis je mampu. Nak menjerit, nampak tak sopan di situ.
Mengenali bidang ini, membuatkan jiwa resah. Yang biasa bertutup, perlu dibuka. Hanya Tuhan je yang tahu waktu itu. Rasa itu. Untuk pertama kali free neck. Bersama 2 lagi rakan posting. Alhamdulillah sama jantina. Kalau lelaki, jumpa kat kelas nanti agaknya muka ni pakai kotak Double A4.
Perkara dah lepas, benda dah jadi. Tak elok merungut kan?
Allahu....
Apa yang boleh buat? Menangis dan Meluah. Pesan mereka, tertakluk pada polisi sesuatu tempat.. Jadi, ikut je lah. Pendek kata, kita masuk tempat orang, hormatlah tempat orang.
"Kenapa mesti singsing lengan baju?"
"Kenapa tak boleh pakai inner baju dan tudung?"
"Steriliti." Alasan yang selalu diberikan.
Terkedu.
Boleh ke? Kan aurat.
Jom, kita study. BAB AURAT SEMASA BEKERJA.
Aurat bagi wanita mengikut jumhur ulama’ itu adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Walau bagaimanapun, ada anggota zahir ketika bekerja yang boleh dibuka. Iaitu;- kepala, muka, leher, dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kaki.
Tak perlu nak buka semua. Tengok tempat dan situasi juga. Yang kita boleh usaha tutup, kita tutup. InsyaALLAH. Moga ALLAH SWT meredhai kita.
Teringat perbualan dengan mak cik.
“Wani, Islam ni tak menyusahkan umatnya.” Sambil membantu menyinsing lengan baju aku yang sedang membasuh sayur-sayuran.
Segan pula. Mujur anak-anak lelakinya tak duduk di dapur.
Jadi, jangan khuatir. Cuma perlu berhati-hati. :)
Aku ingin menjadi orang yang mukmin itu.
Apabila ia ditimpa musibah, dia sabar.
Apabila ia mendapat nikmat, dia syukur.
Sungguh beruntung. Kerana dia redha atas apa-apa yang berlaku.
Moga aku menjadi orang yang beruntung itu....
Kini, mengenalinya...
Aku jatuh cinta...
Walau awalnya, aku tak berapa rela..
Kerana rahsia, aku tetap setia.
'Wani, macam mana?'
'InsyaALLAH, teruskan... Sebab tanpa orang macam kita mungkin tiada yang nak tegakkan agama dalam bidang ni. Jom, bersama dengan saya. Boleh kan setia dengan saya?'
Pengalaman pertama kali ini.
Mungkin kah yang terakhir kali?
Biarlah hati yang berbicara. Menatap mendungnya cuaca.
"Ya ALLAH, kurniakanlah aku kekuatan dan kesabaran. Dan jadikanlah aku hambaMU yang tetap dan taat akanMU." Aamiin...
::Peraturan yang manusia buat kita patuh, inikan pula peraturan yang ALLAH SWT cipta::
![]() |
| I'm MA Harwani Omar |
InsyaALLAH :')
_Sekian,wassalam_

i jmpa dh blog uuu..hii..wani,,cptlh,,nk publish yg nih,,hi
ReplyDeleteEh, kak Hanifah.... sabarlah dulu... dalam proses mengemaskini :')
ReplyDeleteAlhamdulillah.. wani..シ
ReplyDeleteShy :')
Delete