Belek-belek buku nota yang comel.
Helaian demi helaian.
Senyum.
Eh, ayat ni.
"Nak maju kehadapan, ikut peraturan."
Nak buat ni, tak boleh. Nak buat tu pun ragu-ragu.
Stick betul dengan rules.
Sampai bila-bila.
Walau nampak nerd. Dipanggil budak skema.
Tinggal kenangan. Rindu dia, budak comel plus sweet tu.^^
=antara pesan dengan peraturan=
*******
"Homework dah siap? Asyik dengan laptop je. Berapa kali duk ngulang cerita tu."
"He he he... Belum. Nanti adik buatlah."
"Main nanti-nanti, nak balik hostel nanti kelam-kabut nak siap. Sibuk nak tanya itu ini. Selalu sangat buat last minute. Buatlah homework dulu. Sikit-sikit... Ni tak... Pagi laptop, petang laptop, malam laptop. Buku tak sentuh pun. Berjaga dengan laptop tak pe lak. Dengan buku, banyak alasan. Kalau buka pun, sekejap je sebab mengantuk."
"Ateh ni bisinglah... Membebel je. Mama ayah tak bising pun."
"Sebab mama ayah tak bisinglah, ateh bising."
****kerana kamu, satu-satunya adik kesayangan***
Untung kamu.
Bongsu.
Cantik.
Lembut.
Yang ramai menyayangi.
Apa yang diminta, semua beri.
Kakak ni tak bagi, kakak lain bagi.
Ops! Sakit telinga. Nasib badan lah kamu Adik...
Sebab dapat kakak garang. Jarang nak berlembut. Tak pernah kut. Pot pet pot pet je kerja dia. Selalu je dapat ceramah percuma.
Setiap kali telefon, soalan pertama keluar daripada mulut kakak garang "Kenapa?"
Aish.... Kakak, kakak. Kena masuk kelas belajar ni. Kelas Kemahiran Komunikasi. Ni mesti dulu failed subjek ni... Ahaha. Sorrylah adik, lega subjek ni tak de. Tidak, kena repeat.
Akak garang kamu ni dapat mandat kebesaran daripada ayah. Itu yang garang je kerja. Tapi terlebih garang pula, tak kena tempat. Tapi, muka maintain senyum kut jika nak banding dengan ayah...:D
=Maaf ye Adik=
Terharu.
Sebab karangan English Adik tentang Kakak Garang itu. :')
*******
Sayang...
Lupakah kamu?
Ayah ajar urus masa untuk diri .
Mama ajar buat kerja biar kemas dan teliti.
Leka sungguh kamu.
Dengan kemajuan teknologi dan media masa kini.
Mama ayah pesan lagi.
Nak cemerlang dunia, disiplin.
Nak cemerlang akhirat, disiplin.
::Semua bergantung atas DISIPLIN DIRI. InsyaALLAH, akan terlahir istiqamah::
^_^
Kamu bongsu ke?
Bongsu 3 tahun.
No comments:
Post a Comment