Bismillahirrahmanirrahim
BAB 1: Temuduga
Tweet,tweet…
Satu mesej masuk ke
dalam inbox. Daripada mama tersayang.
Mama:
Assalam. Ada surat
dari SPA. Panggilan temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan. Pergi ye
sayang.
Eh, SPA? Temuduga?
Wani terdiam sejenak.
Berfikir. Pergi. Tak
pergi. Tumpuan dalam kuliah subjek Biologi yang bakal bermula sedikit
terganggu. Wani berusaha mengusir gangguan agar dapat memberi sepenuh tumpuan
terhadap subjek yang mula berjinak dengannya.
‘Kita laungkan Allahu Akhbar Allah Maha
Besar’ (UNIC- Seiring Sehaluan)
Deringan telefon
bimbit Nokia miliknya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Wani mencapai telefon
bimbitnya sambil duduk di atas katil.
Wani: Assalamualaikum
mama.
Mama: Waalaikumussalam.
Kakteh, sudah buat keputusan?
Wani: Keputusan apa?
Mama: Ish, dia ni.
Temuduga SPA lah.
Wani: Oh….hmm. Mama,
kakteh tak nak pergilah. Teruskan dengan matrik. Tak pe kan?
Mama: Pergilah. Ambil
pengalaman. Temuduga yang lepas jawatan farmasi. Yang akan datang ni MA. Pergi
ye.
Bila mama pujuk, hati
yang tekad tak nak pergi jadi terumbang-ambing. Tak tetap pendirian.
Wani: Baiklah, mama.
Nanti kakteh mesej bila nak balik untuk temuduga.
Mama: Haa…ye lah. Jaga
diri. Belajar elok-elok. Tak faham, tanya.
Wani: Ok, mama. Doakan
kakteh ye. Assalamualaikum.
Mama: Waalaikumussalam
warahmatullah.
Talian
dimatikan. Bersiap ke Surau Al-Muttaqin. Itulah rutinnya.
BAB 2 : Dilema
Sukacita dimaklumkan
bahawa saudari/saudara telah terpilih untuk latihan separa perubatan bagi
Diploma Pembantu Perubatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Hospital
Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Dapat khabar daripada
mama. Surat jawapan temuduga selamat sampai ke rumah. Semestinya, mama lah
orang pertama yang gembira. Tidak jemu memujuk untuk terima latihan tersebut.
Hospital Bahagia?
Bukan tempat orang
gila ke? Fikir Wani. Ish, gerun tiba-tiba.
Buku tutorial subjek
Fizik dikemaskan. Fokus beralih arah. Diambilnya pen dan kertas, lalu menulis
sesuatu mungkin. Menyusun segala kekusutan fikiran dalam membuat keputusan.
Walau bukan kehendaknya,
siapa yang boleh memberi jaminan kelak?
Walau bukan minatnya,
siapa tahu bidang itu yang terbaik buatnya?
Kalam demi kalam Allah
memberi ketenangan jiwa bagi mereka yang berharap pada Allah.
“Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui
sedang kamu tak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 216)
Sungguh, disebalik penerimaan tawaran ini ada hikmah yang
tersembunyi.
Ada rahsia yang tersimpan antara
dirinya dengan Sang Pencipta.
**********************************************************************************
“Wani, awak nak pergi
ke SPA?”, tanya Alin mewakili teman sebilikku yang lain, Haiza dan Husna.
“InsyaAllah, saya akan
pergi.”, balas Wani sambil mengemas buku-buku belajar miliknya.
“Wani, nanti siapa nak
kejut kami untuk subuh?”, tanya Husna pula.
“Hmm, fikir jap.”,
gurau Wani dengan teman-teman sebiliknya.
“Selepas ini, kamu semua mesti sama-sama
membantu. Jangan mengharapkan orang lain ye. Jam loceng Haiza kan ada.” Balas
Wani sambil tersenyum. Menghilangkan rasa hiba di hati.
“Bila Wani nak
pergi?”, Haiza bersuara.
“InsyaAllah, minggu
ini minggu terakhir Wani di sini. Jadi, tak nak sedih-sedih. Buat seperti biasa
ye.”, jawab Wani tenang mengawal getaran suara.
‘Ya Allah, sungguh aku
sayang akan mereka keranaMu. Ya Allah, sungguh aku pasti rindu akan mereka.
Telatah mereka menceriakan hari-hari penatku di bumi matrik ini.’
BAB 3: Tergugatkah
Hati?
Perjalanan ke tempat
baru sungguh meletihkan. Daripada timur ke utara. Bersama mama, ayah dan
adik.
‘Subhanallah, luasnya
persekitaran sini. Cantik!’, gumam Wani.
“Mama ayah, biar
kakteh yang selesaikan sendiri urusan pendaftaran. Mungkin lama. Mama ayah
duduk rehat di sini ye. Nanti siap, kakteh datang semula. Adik, teman mama ayah
ye.”
“Hati-hati ye sayang.”
Kata-kata mama yang sentiasa membuatkan diriku tenteram.
“Selesaikan yang
utama. Jangan bazir masa.” Itu kata-kata ayah. Tegas dan padat.
Membuatkan Wani akur.
Wani melangkah masuk
ke pintu dewan serbaguna. Sungguh, tersangatlah ramai yang hadir untuk
pendaftaran bagi latihan pembantu perubatan, kejururawatan, farmasi dan
termasuk kursus lanjutan.
Wani mencari-cari
tempat untuk pendaftaran bagi bidangnya, Diploma Pembantu Perubatan. Dewan
kelihatan sesak dengan bakal-bakal pelatih. Bermula dengan urusan akademik
sehinggalah urusan asrama. Tudung labuh miliknya dibetulkan sambil memegang
fail untuk urusan pendaftaran.
Kakinya melangkah laju
untuk mempercepatkan urusannya. Hati risau membiarkan keluarga menunggu di luar
dewan.
‘Ya Allah, panjangnya
barisan. Ramainya lelaki. Tak nampak pun pelatih perempuan.’, desis Wani.
“Assalamualaikum.
Maaf, nak tanya.”, sapa Wani kepada seorang lelaki yang sedang berbaris
di sebelahnya.
“Waalaikumussalam. Ya,
silakan.”, balas lelaki tersebut ramah.
“Untuk pendaftaran
Diploma Pembantu Perubatan di mana?”, tanya Wani.
“Saya pun tak pasti.
Rasanya betul dah kat sini.”, jawabnya.
“Oh ya, terima kasih.”,
balas Wani. Segan. Kecil rasanya. Kiri kanan depan belakang semua lelaki.
Tinggi-tinggi pula tu.
‘Ya Allah,
permudahkanlah urusanku.’, doa Wani dalam hati.
“Saya Faiz dari
Pahang. Salah seorang bakal pelatih pembantu perubatan.”, tegur lelaki tadi
mesra sambil memperkenalkan diri.
“Saya Wani. Oh, bidang
sama. InsyaAllah, kita jumpa lagi untuk akan datang. Saya ke depan dulu.
Assalamualaikum.”, balas Wani.
Wani meluru ke kaunter
pendaftaran untuk selesaikan urusan tersebut dan untuk pendaftaran seterusnya.
Alhamdulillah. Segala
urusan pendaftaran telah selesai. Jam 2 petang nanti, sesi orientasi di dewan
tadi atau Dewan Sri Perdana. Orang ramai makin berkurang. Masing-masing telah
menyelesaikan urusan sendiri. Ada ibu bapa yang sudah berangkat pulang.
“Anak ayah, kami balik
dulu ye. Jangan menangis. Anak ayah bukan kecil lagi.”, kata ayah.
“Hmm…” angguk Wani
menahan sebak.
“Kakteh, belajar rajin-rajin. Jangan lupa
kewajipan sebagai orang Islam. Ada apa-apa masalah, telefon mama.”, pesan mama.
“InsyaAllah. Mama
ayah, doakan kakteh di sini.”, balas Wani.
Pertama kali, jauh
daripada keluarga. Itulah, manja sangat.
BAB 4 : Disiplin Diri
“Wani....kami penat.
Hampa dak penat ka?” tanya Wardah, teman sebilikku.
Indah namanya. Wardah,
bunga mawar.
“Wardah, Wani dah
biasa. Daripada kecil lagi dah biasa dengan jadual. Penat tu ada. Tapi, kena
kuat. 3 tahun je... Biar Wani tolong.”
“Ish, segan kami
dengan hampa... Dah lah pagi-pagi Wani yang kejut kami bangun subuh.”
“Hhhee...Tak pasal-pasal
dapat ceramah free pagi-pagi. Belajar biasakan diri lah Wardah. Lama-lama nanti
awak pula boleh kejutkan Wani.”
“Ha’ah...Wani, hujung
minggu ni kita basuh tandas nak?”
“Jom...Tapi, sebelum
tu kena beli barang dulu untuk mengemas. Kita pergi petang lepas habis kelas
nak? Ajak mereka sekali.” balas Wani.
“Cantik!!!”
Dia, Wardah. Periang.
Sweet. Banyak perbezaan kita.Teman yang sama-sama bakal mencoret memori selama
3 tahun. Permulaan untuk kita bersama. Sambil mengemas mulut girang menyanyi.
Lagu Sahabat.
BAB 5 : Mencari Sahabat
Kawan boleh dicari.
Tapi sahabat, sukar untuk diperolehi. Nak cari sahabat yang baik, carilah di
Surau.
Pesan Kak Umi.
Benar. Tak semua yang
pergi Surau adalah orang yang baik. Tapi, orang yang baik pasti ada di Surau.
“Mali, jom pergi
Surau.”
“Jap Wani, baru nak
bersiap. Yang lain dah siap ke?” beritahu Mali.
“Sedang.” Jawab Wani.
Laluan ke Surau tak
jauh tak susah. Cuma kena melintasi bangunan asrama lelaki. Itu yang lelah.
Namun, kaki gagah melangkah.
“Wani, ada yang tanya
Mali. Buat apa pergi Surau? Bukankah perempuan tu lebih afdal solat kat bilik
je?”
“Mali jawab apa?”
tanya Wani.
“Tiada jawapan tepat.”
jawab Mali.
“Mesti Mali rasa down
kan?” tanya Wani lagi.
“Adalah juga sikit.
Kalau Wani, Wani nak jawab apa?” tanya Mali kembali.
“Wani nak cari sahabat
selain kekuatan. Memanglah wanita itu lebih afdal solat di bilik. Tapi, Islam
tak larang jika perempuan itu nak solat di Surau. Lagipun, Surau kolej kita tak
ramai pun yang datang. Jadi, biarlah kita yang mengimarahkan rumah ALLAH di
kolej ni. Bak kata Amirul bila pergi Surau ni secara tak langsung diri
terhindar daripada perkara yang sia-sia waktu tu di samping dapat erat
silaturrahim.” Wani memberikan jawapannya.
“Mali pun rasa lebih
kuat bila pergi Surau. Siang sibuk dengan kelas. Biarlah malam terisi dengan
ilmu rohani pula. Bukankah dunia dan akhirat itu perlu seimbang?”
“Betul. Dua-dua
penting...” sokong Wani.
“Jom Al-Mulk!!!”
panggil Haura bersama 5 yang lain.
“Alhamdulillah, dah
ada jawapan. Hakikatnya, jawapan tu atas diri kita sendiri. Sama-sama kita
menguatkan ye... Jom Mali!” tambah Wani menutup bicara.
BAB 6 : Saat Dia Datang Menyapa
Wani duduk di penjuru surau tekun
menelaah subjek Komuniti untuk peperiksaan pada hari lusa. Datang Haura dengan
senyuman yang penuh makna.
Krik,krik,krik….cengkerik
berbunyi. Walhal tidak pun. Hanya bunyi kipas dinding yang berpusing.
“Wani “, sapa Haura. Mencetus
suasana kemesraan.
“Apa?”, balas Wani sambil matanya
masih lagi khusyuk dengan nota. Sarkastik bunyinya.
“Wani, ada seseorang yang
bertanya. Dia tanya, Wani sudah berpunya ke?”, sambung Haura.
“Wani buat istikharah ye cuti
ni.”, cadang Haura tersenyum manis.
“Jom makan tengah hari. Lapar lah.
Panggil yang lain.” beritahu Wani beserta arahan.
Tiba-tiba rasa otak tak dapat
darah. Hipoksia. Tangan sejuk. Hati pula tidak menentu. Fokus hilang berlalu.
MasyaAllah. Tika itu, hanya Allah saja yang tahu walaupun aku menyembunyikan
rasa itu.
“Allahu, khabar itu mengganggu
konsentrasiku”, bisik Wani sendirian.
Khabar itu dibiarkan berlalu.
Maaf, kerana bukan itu keutamaanku. Sungguh, tiada tempat lagi untuk itu di
hati. Namun, ku luahkan jua kepada mama
ayah. Meminta pandangan walau aku punya jawapan.
BAB
7 : Utamakan Yang Utama
“Habis belajar nanti, sambung
ijazah pula.”, kata Ketua Program, En Suadi.
“Bidang kamu ini, mana-mana boleh
pergi. Belajar selagi mampu untuk belajar. Dah qualified nanti, minta pergi
Sabah dan Sarawak. Bukan lama pun. Lepas 3 tahun, baliklah. Jangan selalu nak
balik negeri sendiri. Kahwin kemudian.”, sambung beliau.
Saraf-saraf otak bekerja.
Berebut-rebut neuron-neuron untuk menghantar impuls. Mencerna bait-bait kata
beliau.
Ada yang terdiam. Yang riuh boleh
menjadi bisu. Ada yang mampu tersenyum. Tak kurang juga, ada yang buat tak
tahu. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hakikatnya, Allah sahaja
Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.
“Wani, mana yang utama?”, tanya
Auni.
“Apa yang utama untuk Wani?” celah
Halwa.
“Mana yang utama itu bergantung
pada individu. Setiap daripada kita, ada keutamaan masing-masing untuk mencapai
tujuan kita yang sama, iaitu keredaan Allah SWT. Setiap daripada kita mesti ada
perancangan. Buat masa ini adalah yang utama bagi Wani, iaitu fokus dengan
belajar. Mana-mana hal lain yang tidak berkaitan walaupun utama untuk akan
datang, bukanlah yang utama buat masa ini. Jadi, utamakan yang utama.” jawab
Wani bersemangat.
BAB
8 : Sabar dan Patuh
Nak tetap dengan prinsip bukan
mudah. Dalam bidang yang baru aku ceburi ini membuatkan aku lelah. Penat dengan
mainan dunia. Bertahankah aku?
Wani menutup diari.
“Arra, dah sedia ke untuk posting
esok?” tanya Wani. Naik katil double decker baring sebelah Arra.
“Entahlah... Takut pun ada. Wani?”
tanya Arra kembali.
“InsyaALLAH semua ok... Esok kita
cuba tanya LP dulu macam mana. Tak boleh kita redha. Jomlah tidur. Esok van
datang lepas subuh.” jawab Wani tenang.
Ditariknya selimut sampai ke paras
dada.
“Tak semua yang berlaku mengikut
kemahuan kita. Tertakluk pada sesuatu tempat dan ikutlah selagi tidak melanggar
perintah Tuhan. Kamu merungut memaki bagai tapi kamu ikut, kamu rugi. Tambah
dosa lagi adalah. Lebih baik berlapang dada menerima dan ikhlaskan diri. InsyaALLAH
pahala pun dapat.”
Pesan ayah.
Allahu. Aku datang untuk belajar.
Moga dipermudahkan urusan. Aamiin.
**********************************************************************************
Bukan kerana anasir luar yang
meruntuhkan prinsip kita. Tapi, kerana diri kita sendiri yang tidak menyuburkan
yang sedia ada.
Iman itu letaknya di hati. Andai iman
yang ada tidak disuburkan dengan kebaikan, maka kosonglah jiwa kita. Bahkan,
tidak mustahil perkara yang tidak baik tersemat di hati. Ibarat gelas kosong. Tidak
dipenuhi dengan air.
BAB
9 : Tolong Setia Denganku
“Allah, beratnya...”
“Nak saya tolong?” pelawa Iffah.
“Boleh juga.” balas Wani mengah.
“Nak letak kat mana ni?” tanya
Iffah.
“Kita letak atas meja je lah.
Nanti Wani sambung kemas. Maaf menyusahkan Iffah. Terima kasih membantu.” jawab
Wani.
“Sama-sama. Perkara kecil je.” balas
Iffah dengan girangnya.
"Iffah, nak ke mana?" tanya Wani pula.
"Nak pergi jumpa Bie ni. Dia tunggu kat bawah." balas Iffah gembira sambil berjalan keluar.
"Hati-hati, kirim salam kat Bie ye." Bahagia dengan sikapnya. Kelakar
plus comel.
“Alhamdulillah selesai. Tapi, ada
yang lebih berat.” desis Wani.
Duduk berehat di birai katil.
Menyelak helaian demi helaian buku catatan harian miliknya. Berulangkali dibelek,
dibaca. Buku yang menjadi saksi pen berwarna melakar cerita, meluah rasa. Suka
mahupun duka. Bukanlah diari. Hanya sebuah catatan biasa. Buku yang dibaca oleh
teman-teman rapat.
Mengimbau memori di Blok
Pentadbiran, Aras 2.
“Cikgu, saya tak mampu bertahan
lagi.” luah Wani. Hampir menangis.
“Wani, mereka pilih kamu kerana
mereka tahu awak layak. Dan kamu ada kuasa.” pujuk Cikgu.
“Cikgu, kerana kuasa itulah yang membuatkan
saya lemah. Kerana kuasa saya jadi tidak berani untuk menegur.” balas Wani
kembali.
“Wani, Cikgu ada untuk kamu.
Mereka tak puas hati dan serang kamu, kamu beritahu Cikgu. Nanti Cikgu datang
serang balik.” pujuk Cikgu berseloroh.
Allahu. Benar. Yang berat itu
amanah. Lebih berat bila orang yang ada dengan kamu sentiasa berpaling arah. Menyokong
kamu hanya dengan madah kata. Namun, perlakuan tidak membuktikan dia sentiasa sokong
kamu. Pedih menahan seorang diri. Hakikatnya, hidup ini memang tentang diri
sendiri. Amanah itulah yang dipersoalkan ALLAH SWT kepada diri. Mana ada yang
lain yang boleh jawab.
“Wani... Bertahanlah! Allah ada.”
BAB
10 : Ya ALLAH, Terima Kasih
Detik waktu, terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka, tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi, berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada Mu
Yang terindah dalam hidupku
Meskipun rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada Mu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai Mu
Dalam dada ku harap
Hanya diri Mu yang bertakhta
(OPICK, Rapuh)
(OPICK, Rapuh)
Alhamdulillah. Penghujung. 3 tahun
berlalu.
Tak terkata. Sebab ada yang tak
sempat untuk mengungkapkan bicara maaf dan ucapan terima kasih.
Selamat Maju Jaya, Teman MA K30. :’)
Pena ditamatkan. Diari 12-14
ditutup kemas.
**********************************************************************************
Masih Jauhkah?
Al-‘Allamah
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,
“Manusia sejak diciptakan
tidak henti-hentinya sebagai musafir, dan tidak ada batas akhir perjalanan mereka
kecuali di syurga atau neraka.”
(Al-Fawaaid, 400)
Dia, tetap meneruskan
langkah. Dia, pengembara dunia.
...Tamat...
-hasil karya Harwani Omar-
**************************************************
Psstt!
Lelah mencari idea.
Hahaha, bukan senang nak mengarang.
Noktah,Titik,Fullstop!!!
#sambung jahit uniform
Aku kah Cik Dressar?
“Dulu
kecil-kecil takut makan ubat, tak nak masuk hospital sebab bau ubat, tutup
telinga bila dengar siren ambulan.. Tup tup, dia yang kerja nanti naik ambulan.”
-ibu-
Ooopps!
^_^
![]() |
| ::Bermula perjuangan sebagai Pelatih Diploma Pembantu Perubatan:: |
Sekian, wassalam.

Assalammualaikum.. Kak, nak tnya... Akak sbgai pelatih MA dlu ,pmakaian dia mcmna? Sya risau. Sy memakai tdung yg Agak labuh ..sy tknk masokkn tudung dlm bju sprti apa yg sy lihat pelatih MA wanita skrg. ��
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Allahu, berzaman baru baca blog semula. Minta maaf kerana terlalu lambat balas. Pemakaian uniform tudung memang masuk dalam baju. Sampai kerja sekarang pun etika pemakaian tudung kena masuk dalam baju.
Delete