Hati,
Begitu mudah dia terluka,
Walau kerana hal kecil cuma.
Walau kerana satu cinta,
Yang bukan untuk kita.
Namun,
Walau berkali-kali,
Dia tetap bertahan di sisi,
Menuju destinasi abadi.
Hati,
Meniti hari demi hari,
Dia tabah menghadapi,
Menggapai bahagia yang dicari.
Patah Hati
Mesti pernah kan?Selalunya melibatkan orang yang kita sayang.
Biasalah, bila dah sayang, hati pun kita bagi walau tak diminta. Sebab hati tak perlukan modal yang beringgit-ringgit.
Tapi, modalnya LEBIH MAHAL daripada wang ringgit. Dan sebab dia mahal, perkara yang remeh membuatkan kita sakit.
Kata orang, jatuh cinta sekejap je. Nak lupakan ambil masa. Ada yang bertahun, ada juga sepanjang hayat.
Kecewa atau Bangkit
Bila kecewa, selera makan hilang (bukan semua). Pelik.
Hati yang sakit, perut jadi mangsa.
Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup telan panadol berpapan-papan (kononnya nak bunuh diri). Belum yang kategori super dahsyat. Yang ni mungkin jadi doktor bedah sendiri.
Ish, sebab cinta sampai nak binasakan diri. Sebab cinta manusia tak nak hidup. Allahu.
Fikirlah waras. Ada akal. ALLAH bagi nikmat akal untuk kita bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Nikmat akal ni ALLAH tak kurniakan kepada siapa-siapa pun. Hanya awak, sebaik-baik ciptaan.
Hanya kerana cinta dia seorang
• kamu nak hancurkan hidup sendiri
• kamu nak musnahkan kebahagiaan mak ayah
Biarlah
Lepaskan dia. Dia ada hak untuk kebahagiaan hidup dia. Doakan yang terbaik untuk nya dan diri awak sendiri. Awak ada hak untuk kebahagiaan diri. Pilih lah untuk bahagia. Walau dia seorang pergi, percayalah masih ramai disisi.
Yang penting sekali, letak ALLAH di makam yang teratas dalam hati. Sebab ALLAH Pemilik Hati <3
Bila ALLAH dihati, risiko untuk kecewa kurang berbanding kita tempatkan manusia dihati. InsyaALLAH.
:: Yang pergi itu mungkin cinta, yang datang ini mungkin jodoh ::
---> JODOH, benarkah dia untukku?
_$ekian, wassalam_
No comments:
Post a Comment