"Adik, u ni baguslah. Cekap. Rajin. Keep up ur good work." Puji Dr Lau.
Apabila dipuji,
Pujian yang jarang diperolehi namun sekelip mata membuatkan diri kita bangga, riak. Na'uzubillah. Apabila dipuji, lafazkan terima kasih kepada yang memuji dan lafazkan syukur kerana sebaik-baik pujian kembalikan kepada ALLAH SWT. :-)
"Cikgu, mereka ni students cikgu ye. Mereka ni tak diajar untuk greeting ke?" Tegur staf berbaju biru.
"Kami ajar mereka greeting LP." Balas Cikgu Fitri.
Apabila ditegur,
Sekali ditegur, ambillah pengajaran dan maafkanlah yang menegur. Mungkin diri kita tak sedar dalam kesibukan kerja, kita sombong untuk menyebarkan salam, melemparkan senyuman.
Katakan pada hati. 'Tak pe, silap aku tu.'
Tapi, bila berkali-kali ditegur atas perkara yang sama. Rendahkan hati untuk memaafkan. Manusia tak pernah puas. Tak akan puas.
Buat baik, salah.
Buat jahat, lagilah salah.
Jadi, jangan cepat melatah. Melenting. Apabila kita balas balik dengan ketidakpuasan/kemarahan, sama sahaja antara kita dan dia. Yang rugi adalah diri sendiri juga. Jadi, kawal emosi ye...
Sabar, tenang, senyum.
Syukur dan reda. Itulah MUKMIN.
Orang yang beriman dengan ALLAH, mesti dengan sungguh-sungguh sebagaimana dia melakukan sesuatu perkara dengan sungguh-sungguh. (teringat tazkirah pendek dari Pengarah, Tn Haji Moideen)
Bahagiakan diri anda agar orang lain turut bahagia. InsyaALLAH. <3
#reminder to myself
>>>Muslim>>>Mukmin>>>Muttaqin
_$ekian, wassalam_
No comments:
Post a Comment