Wednesday, 24 December 2014

Part Time ^^

Assalamualaikum. Apa khabar kamu?
Sekarang musim tengkujuh...Bahagian Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dilanda banjir. Allahu. Moga ALLAH SWT lindungi dan pelihara seisi bumi dengan rahmat kasih sayangNYA. Aamiin.

Alhamdulillah...
Setelah sekian lama tak menulis di laman ini. Akhirnya, dapat juga jari-jemari ini menyusun kata. Melakar rasa. :D

Alhamdulillah, dah tamat diploma. Secara rasminya 31hb ini. Syukur tak terhingga kerana lulus dengan jayanya hampir 3 tahun dalam bidang paramedik. Cuma tunggu untuk PPW- Program Penempatan Wajib. Mudah-mudahan lulus. Aamiin.

'Tak rindu nak balik kolej ke?' Tanya seorang kenalan yang digelar Chappus (bukan nama sebenar). Pemain No 7 Thailand yang hangat diperkatakan yang menjadi kegilaan wanita Malaysia. Benarkah???
Okay...abaikan...Haish, isu bola pula ==
Berbalik semula tentang kolej...<3...

Selama 2 tahun 11 bulan 5 hari, menjadi warga Perak Darul Ridzuan.
Rindu makin membuak-buak pula bila menulis tentang kolej...:'(
Hampir 3 minggu cuti di rumah terasa lama. Dulu-dulu, mesti dah kemas barang nak balik kolej. Kononnya semangat nak masuk sem baru. :,)
Sekarang, tidak lagi. Baju-baju tetap di dalam almari. Buku-buku masih rapi di dalam kotak (tak muat nak susun dalam almari)...
Tak kan kembali lagi ke sana. Kerna dulu ada tujuan, ada matlamat. Kini, hanyalah kenangan. Mungkin, satu saat nanti dengan izin ALLAH SWT kaki ini akan jejak kembali di bumi Perak.

Menganggurkah Aku?

Sambil-sambil menunggu En Posmen hantar surat panggilan bekerja, sambil-sambil otak asyik fikir Hospital Negeri manalah yang terpilih untuk diri ini.... Lalu telah memutuskan untuk bekerja. Isi waktu lapang daripada terbuang. Bekerja ambil pengalaman. Walaupun tak berkaitan dengan bidang sebelum ini...hheee.
Senarai kerja;
               √ cleaner
               √ farmasi
               √ shaklee
               √ menjahit
Hmm...tu je rasanya. Tapi, semua di atas tak de. :D
InsyaALLAH menjahit akan datang. Aktiviti malam hari/hari minggu. Sebab waktu tu je yang available... Menjahit untuk diri sendiri. Shaklee pula tak ambil serius walaupun dah masuk dalam bidang tu. Hanya untuk diri dan keluarga.

Jadi, 2 bulan cuti ni bekerja dengan sepupu. Gantikan keraninya yang bersalin. Tahniah,akak!!! :)
Kerja ni tak sibuk pun..bila tak de kerja.
Hanya duduk kat meja menghadap komputer. Masukkan data akaun. Buat kunci kira-kira. Telefon syarikat lain untuk tahu harga barang. Hheee.... Tapi, malu juga sebenarnya. Sebab semua lelaki. Mujurlah mereka kat bawah. Jumpa bila perlu.  Bagi resit. Bagi makanan dan minuman tengah hari. ^^ Terima kasih.
Teringin juga turun ke lapangan untuk belajar, tapi segan yang amat. Tak pelah, belajar dengan ayah. :)

"Pesan ayah, rajin-rajinlah turun kat bawah."

"Nak buat apa? Bukan diorang nak mengajar. Diorang sibuk buat kerja."

"Pergi brainwash diorang."

"Aku..... " ^_^

Moga dalam rahmat kasih sayang ALLAH SWT selalu. Aamiin.

_Sekian,wassalam_
::Lambaian Workshop::
Genap seminggu :-)

No comments:

Post a Comment

LOVE