Tuesday, 30 December 2014

Hati, Qalbu, Heart

                                   3 nama cantik.

Cantik seperti dirinya.
Fitrah dirinya suka akan kebaikan. Yang baik-baik.
Fitrah wajib ke atasnya untuk mentauhidkan ALLAH SWT.
Pencipta merangkap Pemilik Mutlak dirinya.

                                     Dialah RAJA.

Jika baik 'dalamnya', maka baiklah luarannya.
Jika buruk 'dalamnya', maka buruklah luarannya.
Mahal nilainya.
Bukan untuk dijual beli, malah untuk sentiasa memberi.
Dalam rela mahupun paksa...:')

                                     **** HATI ****

Begitu mudah untuk menyayangi, mudah untuk membenci.
Begitu mudah untuk mencintai, dan juga mudah untuk dilukai.

Walau sakit berkali-kali,
Tak pernah untuk menyerah diri,
Malah menggerakkan hayunan kaki,
Agar bangkit teguh di bumi.

Bermacam 'cerita' yang tak bertepi,
Dia akur dengan kehendak Ilahi,
Tetap dengan rutin tersendiri,
Sehingga nafas terhenti, dia pasti berhenti.

Kadang mudah untuk dijaga. Dan menjaga. Namun, jarang sekali untuk disucikan agar tampil bersih, kemas dan cantik.
Tak dapat dilihat oleh orang ramai. Hanya Pemilik Hati. <3

Hati itu boleh berkarat, cucilah hati dengan AL-QURAN & INGAT AKAN MATI. Itulah yang dipesan oleh Rasul junjungan.

Pesanan Imam Al-Ghazali:

"Carilah hatimu di tiga tempat....Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi, jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika ini kau tidak mempunyai hati."

^_^

Dalam hati itu,
Ada cinta dan rindu,
Ada iman yang tersemat padu,
Segalanya hanya untuk Yang Maha Satu.

Moga redhaMU mengiringi setiap langkahku dan jua buatmu. :')
Aamiin...

Sekian,wassalam.

_Peminjam Hati_

No comments:

Post a Comment

LOVE