Januari 2012, KSKB UK
"Ayah ibu balik dulu. Jangan nangis-nangis. Anak ayah bukan kecil lagi."
" Tak lah. Ok, hati-hati. Pandu kereta molek. Mama ayah, doakan ateh ye."
*******
Semput rasanya. Tarik nafas pelan-pelan. Kemudian, hembus.
"Hmmm...tingginya. Penat ye." (Ish, tak baik mengeluh)
"Alhamdulillah, lega dah sampai. F-4-121."
Dengan dia, kenalan baru merangkap teman sebilik, Tymaa (nama samaran)..nama baru- wardah...FY ^_^
"Wani, kita tak dak toilet mate ka?"
"Entah. Mungkin. Tapi, macam tak de je."
TERATAK CINTA SEPTEMBER <3
.....rindu dia :'( .....
*******
Dewan Sri Kinta,
Dari pagi sehingga petang...Berganjak untuk makan dan solat.
Tempat mendengar, mencatat bicara ilmu...dengan mereka.
Tatkala tersengguk, ada yang mengurut...hhheee.
Lapan orang sentiasa.
Belajar sama-sama, makan sama-sama, solat sama-sama.
Riadah sama-sama.
Memori selama 1 tahun setengah menjengah kembali...Sebak.
Dan saat gembira tidak selamanya kekal.
Hidup tak selalunya indah...
Langit tak selalu cerah....
Dugaan datang bertamu,
Menduga rasa hati dalam berukhuwah,
Bila bertelingkah, bila berselisih,
Masing-masing menyepi,
Menunggu siapa yang mengalah dulu.
Adakah benar ukhuwah kita bina keranaNYA?
Berjayakah kita melaksanakan adab dalam bersahabat?
Aku sendiri pun tak pasti.
Jujurkah aku?
Tuluskah kasih aku?
Setiakah aku?
Dalam menyemai kasih, mencambahkan cinta, menyuburkan iman.
Antara kita.
Cuma satu. Aku hanya ingin memberikan yang terbaik.
Diri aku.
Buat mereka. Insan-insan kesayangan aku...^^
#tenagapengajar#sahabat#postingmate sem 4-5#postingmate sem 6#
*******
Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Rasa begitu cepat 3 tahun berlalu.
Disember 2014, KSKB SAS UK
Alhamdulillah, tamat Diploma Pembantu Perubatan.
Dan apa-apa yang kita rancang pada tahun pertama belum tentu jadi mengikut perancangan kita. Apa-apa yang kita pegang, belum pasti selamanya milik kita.
Kita merancang dan ALLAH SWT juga merancang. Dan DIA lah sebaik-baik perancang.
Apa-apa yang berlaku selama 3 tahun bagai mimpi. Sekelip mata menjadi memori.
*menangis*
Sungguh rindu...:'(
Ku kirim Al-Fatihah buat mereka sentiasa. Moga ALLAH SWT lindungi dan pelihara kita semua. Sentiasa kurniakan kita hidayah. Tunjukkan kita jalan yang lurus lagi benar.
Izinkan aku menjadi sahabat dunia serta akhirat kamu walau hanya sekelumit ruang dan waktu.
Ingin ku temui kamu di syurgaNYA andai di dunia bukan jodoh kita.
Terima kasih :')
Sekian,wassalam.
_banjirdibumiALLAH_
No comments:
Post a Comment