Di kepekatan malam...
Hmm...bulan nampak separa. 11 Zulhijah 1435H
Sendirian menyepi. Menikmati malam kelam sambil tangan meluahkan kalam. Sebak :'(
Bas Utama Ekspress menuju ke Ipoh.... Sejuk.
Mujurlah jaket hitam ada bersama.
Pak cik driver asyik bersembang dengan seorang penumpang.
Sembang mesra sambil gelak ketawa... Hilangkan mengantuk mungkin :D
Mata tak jemu memandang alam.
Subhanallah, cantik nan indah. Ku cari bintang, tidak kelihatan.
Tapi, aku yakin si kerlipan malam ada sepanjang perjalanan.
Mungkin awanan melindungi keindahannya.
Sungguh, terasa begitu dekat denganNya. Ciptaan alam yang memukau.
Bukan saja mata yang memandang. Bahkan hati terus-terusan berbicara dengan bahasanya...^^
Sepi.
Suara-suara penumpang kian sunyi.
Bisu.
Hanya tulisan menjadi penyatu.
Lagu dangdut berkumandang....
"Bulan itu bulan cinta"
Memeriahkan suasana...membuai rasa...
Bukk!
Aduh, kepala terhantuk cermin bas. Hah, baru tersedar. Asyik sangat.
Eh, doa naik kenderaan dah baca ke?
Tak pelah, baca berkali-kali... Dapat pahala lebih :D
2 BULAN LAGI
Tup tup, cepat masa berlalu...
Kembali kembara jihad ilmu.
Korbankan rasa cinta yang bertamu.
Untuk kejayaan yang dituju.
Hanya seketika waktu.
Terima kasih atas doa, duhai kesayangan-kesayangan ku <3
Tanpa doa kalian, mana mungkin aku terus bangkit.
Allah,
Tempoh ini,
Zahirnya agak lama...
Tempoh ini,
Pelbagai macam yang akan menerpa...
Tak ku pinta, ringankan bebanan.
Tak ku pinta, kurangkan rintangan.
Cuma satu.
Kuatkan diri ini.
Tabahkan hati ini.
Teguh bersama tali agamaMu Ya ALLAH.
Mencapai matlamat kehidupan seiring impian,
Agar redhaMu menemani aku.
Sentiasa!
Aamiin...
#tinta hati seorang hamba yang leka dan alpa#
_$ekian,wassalam_
*tajuk tak sesuai dengan entry =.=
No comments:
Post a Comment